Ticker

6/recent/ticker-posts

Perempuan Boleh Cari Tetapi Mak Tak Ada Ganti


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Teringat pula peristiwa kemarin ketika sedang berjumpa sahabat lama. 

Nazri : Acik , macam nie bakal isteri aku tak gam dengan mak aku, dia kata mak aku leceh " perempuan kena masak la, kena jaga makan minum keluarga " dia tak terima, katanya ala sekarang dah moden, amik maid paling tidak beli kat luar. Macam mana ini acik ?

Acik : ermm mana kau lebih sayang ?

Nazri : Mestilah dua-dua.

Acik : Kalau di beri pilihan mana yang kau akan pilih ? jika terpaksa pilih satu.

Nazri : aku tak tahu, kau buat aku serba salah. 

Acik : Naz, apa mak kau kata itu betul, dia nasihat benda betul. Dia lebih makan garam dari kita. Dia dah lalui pelbagai keadaan dan pengalaman jika di banding kita. Satu pekara kau kena ingat.

Tanggungjawab anak lelaki besar tau, tanggungjawab  kita sehingga mak ayah kita pejam mata. Kau fikirlah, jika hal kecil ini dia tak boleh terima macam mana pula hal-hal lebih besar. Perempuan boleh cari tapi mak tak ada ganti, begitu juga dengan ayah kita.

Aku nasihat ini tidak bermakna kau kena tinggalkan dia, tetapi menjadi tugas kau sebagai bakal suami untuk dia menasihati dan menunjukkan dia ke arah yang benar. Nasihat secara perlahan-lahan dan temukan mereka secara baik-baik biar mereka serasi.

Seharusnya perempuan yang baik yang mengingatkan kita tentang tanggungjawab besar kita terhadap ibu bapa kita dan untuk urusan anak-anak dan isteri.

Nazri : ermm betul kata apa yang kau kata acik. Adakah pilihan aku tepat ?

Acik : Soal pilihan itu hanya kau yang membuat keputusan dan buat keputusan jangan dalam keadaan beremosi. 

Nazri: Terima kasih acik, aku buntu mungkin ini penyelesaian yang baik. Restu ibu bapa adalab restu Allah. Aku kena banyak muhasabah diri.

Inilah secebisan kehidupan yang ada di luar sana. Perempuan pengaruh dia sangat kuat bila dah berkeluarga. Maka jadi pengaruh yang memberi kesan positive dalam keluarga. Perempuan mampu mengoncangkan dunia dan dia juga boleh mencipta kebahgiaan yang tersendiri.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Nadiah Hanum berkata…
Betul tu...anak lelaki kena bijak mainkan peranan dan jgn sesekali kecilkan hati ibu.
ANIM berkata…
mencari syurga dengan mak. tu yang sentiasa kena ingat..
Ahlam Miera Shafie berkata…
sgt betui... mak n ayah tiada gantinya...
safurara berkata…
hmmmm, insyaAllah ada kebaikan nya ikut nasihat mak.
Nurul Syahirah berkata…
Entri yang menyentuh hati.. betul tu, Ibu kita takde pengganti..
arzmoha berkata…
ramai wanita masih belum sedar. Tanggungjawab utama suaminya adalah ibunya.
Syurga suaminya di bawah tapak kaki ibu