Ticker

6/recent/ticker-posts

Berhati-hati Penipuan Gores & Menang, SMS Dan Panggilan Palsu Menjadikan Warga Emas Sasaran


Assalamualaikum

Kes penipuan masih lagi berleluasa dan paling pelik tetap ada yang jadi mangsa. Di media sosial telah memberitahu kes-kes yang lepas begitu juga di media eletronik telah memaparkan kes-kes di mana melibatkan puluhan ribu ringgit. 

Biasanya sasaran utama mereka adalah mereka yang berusia dan orang di kawasan luar bandar.

Jadi berhati-hatilah, nasihatkan mak, kakak kamu tentang hal ini, dalam dunia ini tidak mudah orang mahu berikan secara percuma melainkan ada kemahuannya. 

Orang kata "ada buaya di sebalik mee"


Takkanlah orang nak beri RM 10 000 hanya kerana kita teka soalan yang senang ? 

Takkan orang mahu beri televisyen percuma sekadar nombor telefon kita terpilih oleh syarikat mereka ? 

Fikir-fikirlah..

Di sini acik ingin kongsikan kejadian semalam yang terjadi pada acik.

Dapat panggilan dari yang tidak dikenali:
 "Tahniah kamu pemenang bertuah dapat tiket pergi & balik ke umrah untuk 2 orang kerana pengguna setia celcom"
Terlintas di fikiranku,eh dia call nombor maxis aku macam mana kata celcom layankan sahaja dan buat kononnya dengan penuh keterujaan.
Katanya lagi, kamu hanya perlu bank in sejumlah wang Rm1500 untuk yuran proses ke akaun yang di beri.
Terus aku kata terima kasih en perbualan kita sedang di rakam sebagai bahan bukti laporan polis.Sempat dia maki aku dan terus letak telefon.Ishh macam-macam cara orang menipu sekarang ini.

Selain itu, mereka menggunakan cara melalui mesej dengan menyatakan kamu MENANG  hadiah percuma dari shell mahupun petronas secara tiba-tiba. Jadi berhati-hati

sumber www.ciksepet.com

Ada juga yang tertipu melalui email , katanya mahu berikan wang kepada kita dalam berjuta-juta ringgit dengan hanya kita perlu bank in kan jumlah yang di perlukan.Dalam dunia ini, tiada yang percuma, kalau dapat email, mesej ataupun panggilan yang mencurigakan ambil langkah berjaga-jaga jangan terus terpedaya mengikuti kemahuan mereka.



Nasihat dari pihak google

Suatu mesej mungkin tidak berniat baik jika ia mengucapkan tahniah kepada anda kerana menjadi pengunjung tapak web yang kesejuta, menawarkan sebuah komputer tablet atau hadiah lain sebagai pertukaran untuk melengkapkan kaji selidik atau mempromosikan cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan wang atau mendapatkan pekerjaan ("cepat menjadi kaya dengan bekerja dari rumah anda selama hanya dua jam sehari!"). Jika seseorang memberitahu anda yang anda seorang pemenang dan meminta anda mengisi maklumat peribadi anda ke dalam borang, jangan terdorong untuk mula mengisinya. Walaupun anda tidak menekan butang "serah", anda mungkin tetap menghantar maklumat anda kepada penipu jika anda mula mengisi data anda dalam borang mereka.
Jika anda melihat mesej daripada seseorang yang anda kenali tetapi tidak kelihatan seperti mereka, akaun mereka mungkin telah terjejas oleh penjenayah siber yang cuba untuk mendapatkan wang atau maklumat daripada anda – jadi, berhati-hatilah dengan cara anda membalas. Antara muslihat yang biasa dilakukan ialah meminta anda menghantar wang dengan segera kepada mereka, mendakwa terkandas di negara lain atau mengatakan bahawa telefon mereka telah dicuri supaya mereka tidak boleh dihubungi. Mesej itu mungkin turut menyuruh anda supaya klik pada pautan untuk melihat gambar, artikel atau video, yang sebenarnya membawa anda ke tapak yang mungkin mencuri maklumat anda – jadi, fikir dahulu sebelum anda klik!

Catat Ulasan

7 Ulasan

KHALID berkata…
Pernah 2 kali terkena masa zaman kolej dulu, siap call lagi, sekarang ni mmg dah serik n x layan dah klu yg bgtau tetiba ade menang something sbb mostly scam huhu

Jom Terjah: Kisah Sedih di Hari Raya Pertama


terima kasih di atas perkongsian ini Acik... Kena pesan pada Nek Ma Ash nih...Bahaya, orang sekarang ni nak menipu macam-macam gayanya...
paridah berkata…
macam2 penipuan di alam siber yg serba canggih ni ya...sentiasa perlu berhati-hati.
Azwar Syuhada berkata…
Macam-macam sekarang ni, kena lebih berhati-hatilah lepas ni. Pandai pula dia dapat nombor telefon..
Reena Sidek berkata…
Macam2 je cara org menipu.. Kena hati2..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

thanks kerana ingatkan kekawan...

mselim3
arzmoha berkata…
Memang sudah banyak kes seperti ini tapi masih ramai Tertipu


Selamat hari raya aidilfitri achik