Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepadanya atas nikmat yang tak terhingga.Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad saw. Rasa kekok walhal baru beberapa hari tidak bertandang ke sini.Termanggu seorang diri ,merenungi apa yang ingin di madahkan .Kalau ikutkan hati terlalu banyak sorotan kehidupan yang ingin di hamparkan .Satu persatu episode dan sirah yang mahu di kupaskan. Ya memang terlalu banyak, kadang kala ianya menyesakkan fikiran dan minda.Tidak terluah dengan kata-kata , tidak tersembul dengan nada.
Aku teruskan hidupku, begitu juga kamu .Mereka juga perlu teruskan kehidupan mereka. Selagi kita hidup di dunia pilihan yang kita adalah untuk meneruskan kehidupan ini. Hidup terlalu kadang-kadang banyak pekara yang kompleks yang telah terjadi, eh bukan kadang-kadang tapi selalu berlaku pekara yang tanpa di duga. Pening memikirkan setiap masalah yang hadir tanpa di duga dan perginya tak di jangka.
Nak tak nak, suka tak suka dan bersedia atau tidak , aku perlu hadapinya. Kalau bukan aku ,siapa lagi ? Kerana ini adalah jalan cerita hidupku dan aku insan yang bertuah di uji olehNya. Maknanya Dia selalu ingat padaku, alhamdulilah. Hidup adalah sebuah pilihan. Semua orang tahu tentang cabang hidup ini. Tetapi kadang-kadang untuk melayari hidup seharian, kita terperangkap dan tidak menemui jalan. Kita memaksa diri mengharungi jalan di hadapan dek kerana kita tidak punya hak dan dapat memilih. Natijahnya, matlamat hidup goyah. Terumbang-ambing tidak bertepi. Andai bernasib baik, semuanya akan baik-baik sahaja. Jika sebaliknya, stress akan menguasai jiwa.
Kadang kala kaki ini goyah, badan ini rasa bagaikan mahu tumbang, mata ini bagaikan ingin di pejamkan untuk lupakan apa yang berlaku. Tarik nafas , hembus, lihat permandangan yang menghijau itu buatkan aku lebih tenang.Dedauan itu bertuip itu mengikut alunan angin, ia bergerak bebas mengikuti rentak yang telah di tetapkan oleh Pencipta.Begitu juga aku yang perlu melangkah dan terus melangkah mengharungi setiap yang berlaku.Berdoa dan terus berdoa.
Pilihan dalam hidup kita memang kadang kala menyesakkan kita. Tetapi Dia telah beri jalannya melalui istikarah .Manusia adalah makluk yang dengan kesempurnaannya tetap memiliki kekurangan, terutama dalam menentukan pilihan yang di luar kemampuan analisanya. Ia tidak mampu melihat kegaiban masa depan apakah itu baik atau buruk nantinya. Inilah hikmah dari disunnahkannya Istikharah, agar manusia tetap menjalin hubungan dengan Tuhannya saat akan menentukan pilihan, meminta pertolonganNya agar ia dapat memilih dengan baik dan tepat.
Allah berfirman:”Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-sekali tidak ada pilihan bagi mereka (apabila Allah telah menentukan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dan Tuhammu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagiNyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagiNyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyalah kami dikembalikan (al-Qasas 68-70).
Allah berfirman:”Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-sekali tidak ada pilihan bagi mereka (apabila Allah telah menentukan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dan Tuhammu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagiNyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagiNyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyalah kami dikembalikan (al-Qasas 68-70).
Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.
9 Ulasan