Assalamualaikum
Masih lagi cabaran 20 untuk entri bulan ramadhan dan hari raya nanti.Alamak banyak yang tertinggal. InshaAllah acik akan cuba laksanakan satu per satu.
Kali ini adalah mengenai pengalaman manis semasa bulan ramadhan adalah ketika pertama kali berpuasa. Di ceritakan oleh mak pada usiaku 6 tahun. Paling tahan puasa setengah hari, cakap dengan mak " Adik nak mati mak sebab tak makan" Tapi paksa suruh buka tapi sekeras-kerasnya menolak sebab ustazah pernah kata kalau kita tak puasa tak boleh masuk syurga.
Jadi mesti puasa penuh, sampai tertido. Sedar-sedar dah magrib dan paling best mak mesti masakan kegemaran ayam kari.
Kenangan manis apabila dapat berbuka bersama sahabat susah dan senang bersama. Paling penting adalah bersama seorang sahabat yang baru sahaja peluk islam dan kisahnya pernah di siarkan di surat khabar the star.
Kenangan paling manis adalah setiap kali puasa pertama acik akan bersama mak. Apapun keadaan akan balik kampung untuk berpuasa dengan mak. Alhamdulilah tak pernah lagi tak berpuasa dengan mak.
Sebenarnya banyak lagi kenangan yang manis, jika di ceritakan boleh jadi novel. Haha jadi bagaimana kenangan kamu pula semasa berpuasa ? Jom ceritakan yang manis-manis sahaja.
11 Ulasan