Ticker

6/recent/ticker-posts

Sudahkah Kamu Bayar Zakat Fitrah ?


Assalamualaikum

yeah dah masuk 10 malam terakhir bulan ramadhan, macam mana puasa ? cukup atau ada lompong-lompong ?

Ala..rugilah , manfaatkan 10 malam terakhir ini dan banyakkan amal ibadah tak rugi kerana entah dapat tak kita berjumpa lagi bulan ramadhan. Dah bayar zakat fitrah ? 

Tahu tak apa itu zakat fitrah ? jom ulangkaji sedikit.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)” 
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3.Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
   Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

Sudah bayar ? 

Jika sudah alhamdulilah, jika belum cepat ada masa lagi untuk membuat bayaran. 

Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing dan pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi. 

Ketahui kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri

Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Negeri Seluruh Malaysia

Negeri
Kadar Zakat Fitrah
Kelantan
RM7.00
Terengganu
RM4.60, RM6.80 & RM7.40*
Pahang
RM7.00
Perlis
RM6.50
Kedah
RM7.00
Pulau Pinang
RM7.00
Perak
RM7.00
Selangor
RM7.00
Negeri Sembilan
RM6.50
Melaka
RM6.70
Johor
RM5.00 & RM8.00*
Sarawak
RM7.00
Sabah 
RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan
RM7.00
*Untuk Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut gred beras.
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat


Catat Ulasan

12 Ulasan

paridah berkata…
jangan lupa berzakat fitrah sebelum pulang kampung ya...
iryantyismail berkata…
Alhamdulilah..hubby dah bayar
Inani Hazwani berkata…
Tq acik atas ingatan ni ;)
Inani Hazwani berkata…
Tq acik atas ingatan ni ;)
PeRdU cINta berkata…
Alhamdulillah PC dah berzakat fitrah..
safurara berkata…
Alhamdulillah, suami rara dh byrkan.hehehe
khatyaiman berkata…
Jangan lupa bayar zakat fitrah
Maria Firdz berkata…
Alhamdulillah.. Selesai... Kali ni terus bagi pada asnaf je..
Unknown berkata…
Alhamdulillah dah sempurnakan kewajipan berzakat...
Norma NML berkata…
alhamdulillah...awal Ramadhan lagi hubby dah settle kan :)