ehsan google |
Assalamualaikum
Kita selalu merungut apabila sesuatu
kita rancang itu tidak seperti apa yang kita mahukan. Kita pilih dia di jadikan
pasangan kita. 2 tahun berkenalan, 8 tahun bercinta dan kita tahu dia bagaimana
tetapi kita tetap mahukan kesempurnaan dari pihak dia dan agar dia selalu
mengerti apa yang kita inginkan.
Memang sukar untuk meramal apa yang
berlaku di masa akan datang.
Selalunya apabila tatkala kita berada
di persimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik , kita sering kali
memejamkan mata dan terus melangkah dan meletakkan sepenuh harapan bahawa
dialah yang terbaik untuk kita.
Ermm betul ke tindakan kita ?
Sama ada itu yang terbaik atau
sebaliknya , itu adalah satu ketentuan dan yang pasti kita harus meneruskan
dengan pilihan dan keputusan kita. Memang sukar untuk berpatah balik dengan
keputusan kita.
Sekali melangkah dengan keputusan kita,
mengapa perlu was-was ?
Mengapa kita perlu berpatah balik jika
itu langkah yang kita lakukan kita yakini bahawa ianya paling tepat untuk kita
?
Kadang kala apabila melihat pasangan
lain, jika jadi sedih kerana pasangan kita tidak seperti itu. Melihat
rakan-rakan post di laman sosial dia bersama pasangannya saling mengerti dan
berkongsi minat yang sama. Kita merenungi diri kita , tak dapat seperti itu.
Kita selalu mengharapkan kesempurnaan
dari pasangan kita sehingga melihat kekurangan dia sebagai suatu kecelaan.Kita
membandingkan dirinya dengan yang lain.
"Awak tak macam laki si Semah ,
sporting pergi shopping sama-sama siap baju sedondon "
" Tengok bini Zainal kemain pandai
menjahit, awak apa boleh buat ? masak pun tak sedap !!"
Siapapun di dunia ini pastinya tidak
mahu dirinya di bandingkan dengan orang lain. Mahukan mereka menerima diri kita
seadanya diri kita.
Mulai ragu, adakah benar dia layak
untuk kita dan kita tidak lakukan pilihan yang salah ?
Jika kamu telah mengambil seseorang
untuk dijadikan pasangan hidup, setelah kamu membuat pilihan dan merasmikan
pilihan kamu itu melalui ijab dan kabul, kamu tidak boleh berpatah balik.
o
Mengapa mesti berpatah balik dengan
keputusan sendiri?
o
Mengapa mesti menoleh-noleh dan berasa
sangsi dengan pilihan kita itu?
o
Mengapa tidak meneruskan sahaja dan
mendapat kebahagiaan di situ?
Demikian juga jika kamu seorang wanita
yang telah membuat keputusan memilih seorang suami. Mengapa setelah membuat
keputusan dan menerimanya sebagai suami kamu masih berdolak–dalik dengan
mengatakan kamu telah tersilap pilih?
Mengapa harus sangsi, mengapa harus
membuat pertikaian keputusan yang telah dibuat?
Rasa sangsi atau was-was apakah pilihan
kita itu terbaik atau tidak akan hanya menyebabkan hati kamu
dipermain-mainkan oleh syaitan.
Syaitan memang mencari peluang menusuk
jarum hasutannya supaya rumah tangga kamu goyah kerana kamu tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan hidup kita itu.
Kebahagiaan 100% yang sepatutnya kamu nikmati tidak dapat kamu kecapi sebab ada sangsi, was-was dan merasakan ada
pilihan yang lebih baik diluar sana daripada pilihan yang telah dibuat.
Mengapa begitu? Mengapa kamu tidak
menetapkan hati dan terus membina kebahagiaan hidup berumah tangga bersama si
dia yang telah kamu pilih?
Yakinlah pasangan kita itu adalah yang terbaik buat kita dan tiada
orang lain yang lebih baik daripadanya.
Kerana apa ?
Kerana kita telah memilih dia atas nama
cinta bersandarkan cinta kepada Allah. Jangan terlalu mengimpikan seperti apa
di paparkan di televisyen itu hanya lakonan dan semunya mengikut skrip yang
telah di tetapkan oleh penulis.
Semua babak indah itu hanya lakonan,
berbadan sado , perempuan seksi , rambut ikal mayang, hidung mancung , bibir
merah semerah mawar itu hanya watak yang di hiasi dengan lakonan yang berulang
kali.
Realitinya tidak seperti itu,
realitinya apa yang kamu lalui sekarang ini,Tumpukan
sepenuh perhatian terhadapnya, berikan kasih sayang sepenuhnya kepada dia.Jika
pasangan kamu juga demikian, tidakkah kebahagiaan adalah jawapan kepada
kehidupan kamu nanti?
Malangnya, kalau kita jengok-jengok
sejenak keadaan di sekeliling kita, kita akan melihat, mendengar atau terjebak
dengan situasi kalut, di mana seorang isteri menyangka ada ramai lagi lelaki
diluar sana yang lebih baik daripada suaminya.
Atau menyangka ramai lagi lelaki yang
masih tertarik kepadanya. Kalaulah dia memilih si fulan si fulan, alangkah
baiknya.
Demikian juga seorang suami yang
merasakan dia telah membuat pilihan yang salah kerana masih ramai wanita
yang sedia memberikan layanan yang lebih baik daripada yang diterimanya kini.
Sampai bila hendak mengangan-angankan
sesuatu yang diluar jangkauan, sedangkan yang sudah pasti sedia di sisi?
Alangkah baiknya mengganggap pilihan yang asal itulah yang terbaik dan membina
kebahagiaan.
Maka hargailah pasangan kamu.
Terimalah kekurangannya sepertimana kamu terima kelebihan dia. Kamulah pelengkap kepada kekurangan itu. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini tetapi jika ada bahagia kenapa perlu sempurna ?
Terimalah kekurangannya sepertimana kamu terima kelebihan dia. Kamulah pelengkap kepada kekurangan itu. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini tetapi jika ada bahagia kenapa perlu sempurna ?
Yakinilah dia insan terbaik yang telah
ditentukan buat kamu. Selalu doa pada Allah agar kamu di beri kebahgian dengan
pilihan kamu keranaNya. Senantiasa perbaiki diri dan toleransi dalam
perhubungan.Binalah kebahagiaan melalui dia di sisi. Bantulah minda kita
membina imaginasi yang adil dan tenang.
15 Ulasan
mselim3 setuju dengan pandangan achik nie... terima seadanya dan pasangan kita itu adalah yang terbaik untuk kita yang Allah temukan untuk kita. Itulah perancangan Allah untuk kita... bertemu dengan orang yang "right person" yang sesuai dengan kita... Rancangan Allah adalah yang TERBAIK untuk hamba2 nya.
mselim3
pls: sorry achik dalam lama mselim3 tak visit achik... sibuk sikit kebelakangan nie...
Semah dan zainal contoh yang baik
Tiada siapa yang suka dibanding-bandingkan.