Assalamualaikum
Cepat masa berlalu dah masuk bulan ogos , rupanya.Jadi hari ini acik mahu kongsikan entri-entri yang menjadi tumpuan sepanjang bulan jun dan julai. Mari kita ketahui pilihan pembaca blog acik. Untuk membaca entri tersebut hanya klik tajuk sahaja dan selamat membaca.
Pertama : Perubahan Sistem Mengambil Lesen Memandu 2015
Siapa dekat sini belum ambil lesen motor atau kereta cepat angkat tangan. Nasihat acik yang belum ambil segerakan ambil bukan kerana apa kerana sistem sekarang sudah berubah. Acik antara mereka yang amik lesen pada tahun ini lesen motor dah ada cuma nak tambah lesen motor.
Kedua : Kecewa Dengan Petugas PTPTN
Sebenar isu ini tidak ingin di besar-besarkan tetapi rasa kecewa yang membuatkan acik terpaksa menaip di blog untuk pengajaran bersama. Niat acik bukan memburukkan PTPTN cuma pegawai dan petugasnya yang membuat acik rasa kesal. Pada mulanya acik ingin keluarkan SSPN kerana dahulu acik buat kerana syarat untuk mohon ptptn. Masa itu umur acik baru 17 Tahun dan perlu menggunakan nama arwah abah.
Hati ini berbolak balik , kadang boleh sayang dan kadang boleh membenci. Ianya memainkan peranan yang penting dalam terjemahan perasaaan.
Pertanyaan pagi-pagi acik dapatkan , kenapa Hati perempuan mudah berubah ?
Keempat : Kadang-Kadang Kita Tak Sedar Bahawa Yang Menjadikan Anak Itu Rosak Adalah Ibu Bapa Itu Sendiri
Mohd : Akhirnya bro balas jugak email aku, dah lama aku tunggu, boleh panggil aku mohd saje. Aku bukan nak bukak aib keluarga sendiri tapi aku tak tahan sangat, aku sedih ,kesal apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku selalu di pulaukan kawan-kawan dan di ejek kerana perangai ayah aku. Apa salah aku bro ?
ehsan google |
Alhamdulilah masih berkesempatan jari-jari ini menari di papan kekunci untuk berkongsi cerita. Setelah sekian lama acik simpan di draft akhirnya masa yang sesuai untuk di keluarkan. Walaupun entri cinta mendapat tentangan ramai tetapi demi cinta kepadaNya dia tidak akan terkubur selagi ianya di perlukan.
ehsan google |
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, sedih pula rasanya ramadhan nak pergi tinggalkan kita.Manfaatkan masa selagi ada untuk kita. Zaman moden kini pelbagai ragam manusia yang kita jumpa
ehsan google |
Kita selalu merungut apabila sesuatu kita rancang itu tidak seperti apa yang kita mahukan. Kita pilih dia di jadikan pasangan kita. 2 tahun berkenalan, 8 tahun bercinta dan kita tahu dia bagaimana tetapi kita tetap mahukan kesempurnaan dari pihak dia dan agar dia selalu mengerti apa yang kita inginkan.
Kelapan : Berhati-hati Penipuan Gores & Menang, SMS Dan Panggilan Palsu Menjadikan Warga Emas Sasaran
Kes penipuan masih lagi berleluasa dan paling pelik tetap ada yang jadi mangsa. Di media sosial telah memberitahu kes-kes yang lepas begitu juga di media eletronik telah memaparkan kes-kes di mana melibatkan puluhan ribu ringgit.
Kesembilan : Lelaki Turunkan Egomu Untuk Dia Yang Kau Sayang
gambar hiasan |
Hari ini acik bagaikan tak percaya apa berlaku, bukan senang seorang lelaki nak mengaku sebuah kesalahan yang dia lakukan. Tapi tak salah jika kita mengakui kesalahan diri kita, jangan terlalu letakkan ego di tempat yang tinggi. Lelaki tanggungjawabnya besar apabila menjadi seorang suami.
Duhai hati yang lara,
Secebis perasaan itu yang membuatkan kau terluka,
tetapi kenapa kau terus mengejarnya ?
cinta itu fitrah jangan jadikan ia fitnah
pertemuan itu pengalaman
perpisah itu satu suratan
Percayalah bahawa jodoh itu rahsia Allah.
Dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untukmu.
Bersabar.
7 Ulasan
Pasti anda ingin tahu - Khasiat tersembunyi Daun Sup dalam masakan Mampu Mencuci Buah Pinggang