Assalamualaikum
Hari demi hari berlalu tanpa kita sedar, setiap detik nafas terhembus umpama nilai yang berharga anugerah ilahi yang tak mengharapkan balasan.Setiap hari yang acik lalui acik dapat pelbagai pengalaman baru dari setiap apa yang dilihat, di dengar dan setiap ragam manusia. Ada ketika mereka mampu buat kita tersenyum, sedih, gembira, luka ,gundah , geram dan sebagainya.
Sebenarnya hari ini, acik bincangkan kepada kamu semua tentang satu pekara yang biasa kita dengar dan tidak ambil peduli. Acik tengok segelintir perempuan/lelaki ada yang perangainya dasyat, ego tak bertempat, kasar dari segi perkataan dan perbuatan. Tak salah nak kasar tapi jangan sampai nilai seorang perempuan/lelaki hilang dek kerana ego kamu.
Acik semalam buat bancian di facebook terhadap perempuan/lelaki suka mencarut.
60 peratus mengatakan mereka hanya mencarut ketika marah
20 peratus mengatakan bahawa kerana didikan ( keadaan sekeliling)
15 peratus mengatakan terbiasa dalam pergaulan dengan rakan-rakan
5 peratus lain lain
Kebanyakan responden mengatakan bahawa mereka kasar dan suka mencarut adalah kerana ketika marah dan teremosi mengikut situasi.
Tapi paling sedih apabila kadang tengok perempuan tu cantik alahai bertudung mahupon tidak tetapi perkataaan yang di lafazkan itu , "khinzir, bangsat, sial , bodoh , bangang dan sebagainya",kan tak elok , orang kata biar tak cantik rupa paras asalkan cantik akhlak dan tutur kata.
Ahh lagi lagi kalau lelaki bertutur perkataan itu tak pernah lekang kat mulut dengan perkataan yang tak senonoh,ishh kamu bakal ketua keluarga , ayah dan suami kalau seperti itu ?
Man , ko nie memang sial lah , napa datang lambat ?
Penah acik lihat seorang ibu memarahi anaknya tapi perkataan yang keluar " ko nie memang anak tak guna tak dengar kata aku , neraka tempatnya "
Bukankah itu satu doa untuk anak tu ?
biarlah mulut kita ini mengeluarkan perkataan yang baik baik dan janganlah perkataan yang kasar dan yang tak elok itu di jadikan kata kata harian,
Satu sebab kerana perempuan dan wanita ini adalah di kurnai Allah dengan kelembutan dan kesopanan, perlulah di jaga dan in sya Allah bakal menajadi ibu ,jadi kenalah tuturkan pekara yang baik baik.
Begitu juga sebenarnya lelaki, tak eloklah jika tuturkan perkaataan yang kasar dan mencarut itu bukan ciri seorang muslim yang sejati, Islam dah ajar kita untuk menjaga adab dalam berkata-kata.
Bila mulut mencarut , hati juga secara tak langsung akan ikut mencarut . Ahh akan rosakkan hati kita.
Sebab apa tak elok mencarut ?
Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1)
Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut :
“Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy),
memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan).
Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah
daripada sifat keji dan tercela.”
Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis
berikut yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji,
kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan
kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan
perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua
cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).
Maka kalau tak dapat tahan sangat perasan marah itu maka berwuduk lah, kita tak reda jika berdiri maka duduklah, jika duduk baringlah. Tenangkan diri , jauhkan dari mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. Oklah sampai sini dulu ,jom kita baiki diri dan tuturkan perkataan yang elok elok .
44 Ulasan
eeeiii... pantang mama orang suka mencarut ni!
Saya di sekolah kalau marah, cuba kawal kata-kata saya. Kerana kata-kata guru kalau seringkali diulang sebut seperti menjadi doa pula.
peringatan untuk yaya :)
kekadang terlepas gak... tapi macam kak aida ler... cecepat istighfar :)
Selalu gak menangis bila dan bertaubat bila mengenangksnnya...tapi bila hati disakiti dan terus disakiti... Rasa hormat kian tipis itu yg keluar perkataan stupid..stupid..