Ticker

6/recent/ticker-posts

Badan Sado Itu Biasa, Sado Hati Luar Dari Kebiasaan

ehsan google
Assalamualaikum

Rata-rata lelaki zaman sekaran mengimpikan badan yang sado ataupun berbadan sasa. Satu perkmbangan yang baik apabila lelaki mula memikirkan soal kekemasan dan penampilan. Tidak lagi asal boleh bila keluar rumah.


Sado itu semakin menjadi goal lelaki masa kini bukan hanya untuk kesihatan tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Dalam Kita mencari kesadoan itu jangan lupa juga kita sadokan satu anggota penting untuk kita. Ianya menyimpan segalanya di situ. Jika kita biarkan kosong dan lemah pasti akan memberi kesan pada tubuh badan yang lain.

Ianya adalah hati kita.

Hati adalah salah satu organ paling penting dalam tubuh. Hal ini terletak di rongga perut bawah paru-paru dan ke sisi perut. Ini memiliki banyak fungsi, termasuk detoksifikasi ubat-ubatan, produksi enzim pencernaan, dan pencernaan lemak. Akhirnya, banyak penyakit dapat mempengaruhi hati, termasuk hepatitis, sirosis, dan kanker hati.

Bukan itu sahaja hati juga tempat tersimpan semua perasaan yang kita rasa di dunia. Sakitnyanya hati kerana di khianati,di kecewakan, di situ juga hati menyimpan dendam kita,amarah kita,kecil hati kita.



Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah dengan orang
4) banyak bercakap benda lagha, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negatif
6) banyak angan-angan
7) Terlalu berdendam
8) orang yang sensitif

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."


Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca AL-QURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian ME
NGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Hati kita di biarkan kosong bagaikan padang pasir kemarau panjang. 

Kadangkala itu buatkan hidup kita tidak tenang walhal kita punya segalanya. Tiba-tiba sedih sendiri walaupun tiada pekara sedih berlaku

Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita,menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.
Sabda RasulullahPerbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Jom kita seimbangkan badan yang sado dengan hati yang sado.Semoga bermanfaat. 



Catat Ulasan

7 Ulasan

Eintan Nurfuzie berkata…
betul.. bdn sng tuk djadikan sado
tpi hati sesado mana.. ttp terluka juga
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

moga2 badan dan hati mselim3 sado.... hehehe. Sesama berusaha memang kekadang ada kekurangan jugak nie..Insaallah betulkan yang biasa , dan biasakan yang betul... terima kasih sahabat achik yang selalu mengingatkan mselim3.

mselim3
badan sado ..hati pown kena sado jugak,,hehehe
paridah berkata…
badan sado berkulit cantik tanpa kulit cubayangkan..hanya rangka semata..seiringkan keindahan luaran n dalaman baru perkasa sebenarnya.
yoorinmelacolea berkata…
buncit lg comel..hehehehe
Hati dan luaran tidak seimbang...
MasturaDin berkata…
haha..pengakuan ikhlas dari Yoorin