ehsan google |
Assalamualaikum
Sekarang ini berlumba orang mahu menjadi kaya, duit itu menjadi keperluan untuk kehidupan kita. Teringat pula, ustaz ebit lew pernah tanya kami. Kamu ingin tahu cara untuk kaya ?
Kami : Cara untuk kaya ? bagaimana ?
Ustaz : Caranya adalah melalui sedekah.
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Pengalaman acik sendiri , semalam acik di datangi seorang mak cik yang meminta sedikit duit . Ketika itu duit memang tinggal RM 3, duit itulah nak beli minyak motor. Tak apalah beri jelah , inshaAllah ada rezeki lain " centusan hati".
Hari ini seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan iklan di blog acik membayar sejumlah wang , mulanya kata akhir bulan tetapi di beri awal dan di beri wang inisetif sebab bosnya berpuas hati dengan review acik.
Allahurabbi, rezeki di berikan itu berlipat kali ganda.Acik cerita hanya pengajaran bersama bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.
Pada acik,lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat pekara yang tidak-tidak dan hanya semata mengharapkan pujian orang yang melihat.
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Jangan di fikirkan " ala dia ini penipu entah kemana duit yang kita sumbangkan di gunakan "
Paling penting kita sedekah ,jika dia menipu itu urusan dia dengan Allah.
4 Ulasan