Assalamualaikum
Acik antara makluk tuhan yang suka makan dan masakan paling sedap adalah masakan dari Mak. Masakan yang paling enak di dunia waimah kalau chef termuka dunia.
Berkali acik makan kat kedai lauk kegemaran acik seperti ikan keli,ikan mayong mahupun ikan sembilang.
Tapi sayangnya semuanya buat putus selera makan kerana rasa ikan tersebut hanyir dan bau kurang enak bila di jadikan lauk. Jadi pelik kenapalah kalau mak masak di rumah ikannya langsung tak hanyir dan enak lagi ikan baru.Inilah rahsia yang mak acik bongkarkan !!
Jadi hari ini acik nak bagi tahu cara dan teknik yang betul untuk ikan tidak hanyir.
PERTAMA : Basuh ikan tersebut 3 & 4 kali.
Bila ikan hanyir ini perlu di basuh berkali-kali pastikan basuh di bahagian dalam di basuh dengan bersih. Jangan biarkan perut dan organ kotor bahagian dalaman di biarkan
KEDUA : Basuh dengan Asam Jawa
Setelah di bersihkan maka ambil asam jawa di cuci pada ikan tersebut. Cuci juga berkali.
KETIGA : Basuh dengan Limau sambal
Dah cuci guna asam jawa, cuci lagi dengan perahan limau sambal,ambillah dalam 3 atau 4 biji. Air perahan itu di bilas ikan tersebut dan cuci sekali lagi.
KEEMPAT : Basuh dengan Tepung Gandum
Ambil sedikit tepung gandung, di campur dengan air kemudian basuh sekali lagi. Bersihkan dan di cuci 2,3 kali.
KELIMA : Bilas dengan air bersih
Akhir sekali bilas dengan air bersih dan bau sama ada bau hanyir atau tidak. Jika tidak ,maka sedia untuk di masak. Jika belum maka ada cucian yang tak bersih maka basuh lagi.
Mesti kata ishh lecehnya kena basuh berkali-kali tetapi itulah cara yang mak acik guna untuk pastikan untuk tak bau hanyir.
Selamat mencuba semua,harap membantu.
14 Ulasan
p/s: Relaks Minda kini beroperasi di blog baru di www.dammahumnib.com. Semoga ukhwah berpanjangan
jemput singgah blog Elly... ;)
KERABU TERUNG BAKAR ~ RESIPI TURUN TEMURUN ARWAH ATOK
bagus tip2 nie boleh amalkan ketika basuh ikan mayong atau ikan sembilang..
mselim3
pls: sorry achik dah lama tak visit sini...