Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Bendera Plastik Dan Di Mana Semangat Kemerdekaan ?


Assalamualaikum

Masih terbayang zaman ketika kau kecil ,semangat kibarkan bandera Malaysia. Walaupun sekadar bandera plastik, itulah yang mampu aku miliki, setelah penat aku kibarkan bendera pastinya aku mendapatkan reward dengan makan gula-gula di bendera tersebut. Ketika itu aku melihat kiri dan kananku mereka orang dewasa begitu semangat sambil melaungkan merdeka.

merdeka ! merdeka ! merdeka !

Tangisan air mata mengalir di wajah mereka. Begitu bersungguh mereka siap rumah mereka di hiaskan penuh dengan bendera Malaysia untuk menunjukkan semangat tersebut. Arwah atuk selalu cerita zaman dahulu masa Tanah Melayu di jajah mereka hidup kesusahan, 2 anak atuk meninggal kerana tiada makanan. Mahu keluar cari makanan terpaksa corengkan muka untuk kelihatan hodoh agar tidak di gangu oleh Tentera Jepun. 

Makan sekadar nasi di gaul dengan ampas kelapa, ubi kayu rebus itu menu harian , begitu susah.Kita tak merasai keseksaan tersebut.

Kemerdekaan negara adalah suatu yang harus kita syukuri, bukan sekadar kita sambut dengan perarakan, lampu-lampu yang bergemerlapan atau bendera yang berkibaran sahaja. Jiwa kemerdekaan itu haruslah diisi dengan kesedaran kerana tanpa kemerdekaan kita masih dikongkong dan apa yang kita kecapi hari ini tak mungkin kita rasai. 


Tapi kini aku tidak rasai lagi hangat kemerdekaan, tiada lagi ambang merdeka yang sentiasa aku nantikan setiap tahun.

Tiada lagi kisah-kisah perjuangan yang selalu aku dengarkan, kini hanya berkisah tentang duit ,duit dan duit.

Bagaimana anak muda sekarang ingin tahu apa itu kemerdekaan ? 

Anak muda tidak dapat menghayati erti kemerdekaan kerana mereka tidak pernah merasai kegetiran sebelum merdeka. Generasi dulu misalnya terpaksa menyanyi lagu God Save The Queen setiap hari sebagai menghargai penjajah. Jadi apabila mereka menyanyikan lagu NEGARAKU, mereka merasa cukup bangga dan megah kerana terdapatnya satu pencapaian hebat dalam lagu kebangsaan kita. Bagi generasi baru, NEGARAKU hanyalah lagu. Mereka tidak merasa apa-apa. Mereka juga tidak tahu siksanya datuk moyang mereka menentang komunis pada suatu ketika dulu. Generasi baru lahir dalam negara yang sudah merdeka, mereka tidak sedar bahawa pada suatu ketika dahulu, apa yang mereka kecapi sekarang tidak pemah dirasai oleh generasi dulu. Sudah menjadi hukum alam bahawa kita lebih menghargai apa yang sukar kita dapati. Namun mereka harus disedarkan bahawa konteks kemerdekaan itu sendiri sebenarnya tiada akhiran.

Pernah aku tanyakan pada remaja ?

Apakah yang kamu faham tentang erti kemerdekaan ?

Jawab mereka hanyalah kibarkan bantera ketika sambutan di sekolah.

Siap ada yang jawab, mengapa kita kenangkan pekara yang dah lepas ,kita dah bebas dari jajahan ,biarkan dia jadi sejarah.

Adakah kita benar-benar sudah bebas di jajah ? 

Lihat sahaja pemakaian kita, percakapan kita, minat kita semuanya sekian lama telah di jajah dan tidak mustahil berkali-kali kita akan di takluk oleh mereka andai kita leka. 

Adakah kemerdekaan itu di patut di sambut dengan perlumbaan mat rempit ? adakah kemerdekaan itu di buktikan dengan hotel-hotel dan rumah tumpangan murah ? 

Bulan kemerdekaan tahun ini amat suram padaku, mereka lebih mengutamakan soal kenegerian dan soal politik yang tidak sudah. Bermatian pada para jurit dan tokoh-tokoh kemerdekaan berjuang demi kemerdekaan Negara kita. Tetapi kita mula menghakis satu persatu nikmatnya dengan keegoan kita.

Ada masa lagi untuk kamu ajarkan pada anak-anak kamu tentang kemerdekaan. Tinggalkan gadget buat sementara waktu , keluarlah ajaklah mereka ketempat-tempat bersejarah dan tunjukkan semangat kemerdekaan. Cerita kisah-kisah pengorbanan orang zaman dulu yang berjuang hingga akhir hayat demi mempertahankan negara.Segalanya bermula dengan diri kita dan kemahuan diri kita.

Takkan kita mahu biarkan anak-anak kita terus di jajah minda dan kehidupan mereka dengan anasir-anasir luar ? 

Catat Ulasan

19 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Dulu kalau balik sekolah..mesti singgah kedai nak beli coklat bendera ni..
Rindu saat ni...Bila coklat dah habis..mesti ikat dekat basikal..hehehe
SalbiahM berkata…
mungkin sebab sekarang ni, banyak sangat cerita negatif tentang politik dan kerajaan Malaysia so ramai yang kurang semangat patriotik.Bukan tak sayang negara, tapi geram asyik 'ditindas'.
Fidah Shah berkata…
Anak akak baru beli bendera ni...dan nampak dia sayang pada bendera tu. Tapi, umurnya baru 5 tahun dan mungkin dia belum faham erti kemerdekaan.
Selain dari mempelajarinya di mata pelaharan sejarah di sekolah, ibu bapa juga perlu menanam semangat cintakan negara pada anak-anak.
Tapi, kalau diingat-ingat atau dikait-kaitkan dengan hal politik sekarang, geram juga..huhu
paridah berkata…
n3 yg sgt bagus buat renungan bersama...erti kemerdekaan harus dihayati semua warganegara yang mengungsi banyak rahmat-Nya bernegara di bumi bertuah ini..sayangi negara sendiri...kuasai segala-galanya agar tidak terusir sudahnya.
Hanis Amanina berkata…
Setuju :) Majoriti kita sayangkan negara, sebab tu masing2 cuba bersuara bila berlaku macam2 dalam negara. And lagi parah, orang yang 'perjuang' negara yg dihukum banding yang sememangnya bersalah
Akupenghibur.com berkata…
kemerdekaan dan soal politik semasa tidak seharusnya sekalikan.. penghaytn kemerdekaan itu perlu.. seketika abaikn politik,semasa
Unknown berkata…
ha a...sekarang dah tak rasa bahang merdeka. kalau dulu2 time sekolah2, masuk je bulan Ogos, dah start org gantung bendera kat rumah & kereta, kat tv dah ada iklan2 merdeka yang menyentuh hati. sekarang? kita sendiri ada jawapannya kan? *sedih*
Aennathirah berkata…
Betul tu...Semangat sambut hari merdeka dah kurang... Tak macam dulu... :'(
Unknown berkata…
kalau dulu zmn sekolah ada hari sambutan kemerdekaan.. terinspirasi dan beringat laa jgk.. sekarang ni susah dah nak join majlis2 mcm tu..
ummul azkee berkata…
Mari fikirkan apa yg boleh kta buat utk naikkn semnagt cntakan negara
Unknown berkata…
betul tu. tahun ni, suram...
PeRdU cINta berkata…
Sambutan kemerdekaan..semakin suram..peringatan kepada pejuang semakin kelam..betul kita bebas dari jajahan dikenakan darurat,,jajahan menggunakan senjata,,tapi sebenarnya budaya kita sedang dijajah..jiwa,minda anak bangsa kita sedang dijajah..
Elly Khalid berkata…
Anak2 dah start soh mommy belikan bendera... kalau nk ikutkan kisah politik sekarang, memang sedih.. tapi, kita juga perlu igt blk kemenangan zaman dahulu..bagaimana mereka memperjuangkan hak org melayu...errmmm.. baca sejarah balik..mahu nangis wooo...

ceria2kan diri utk jengah blog Elly... ;)

KOMBINASI VITAMIN TERBAIK UNTUK KULIT CANTIK DAN GEBU
Anisayu Nastutik berkata…
Augustus hari merdeka Malaysia
Sama Indonesia walau beda tanggalnya
Rasanya kurang tulus hormati negara
Jika plastik yang dijadikan bendera...
seri berkata…
dah kurang penghargaan jasa2 org dahulu, tp negara luar semanga mereka masih kental. sedih tgk Malaysia skrg
Akupenghibur.com berkata…
fahami dengar benar, bendera plastik di gunakan dahulu ketika masa kami kecil, sekarsng semua kain belaka. Ianya bukan soal material bendera tetapi penghayatan tentang kemerdekaan
Unknown berkata…
Bila membaca perkongsian ini terasa terpanggil untuk turut merasai kehangatan sambutan Kemerdekaan Malaysia dari kejauhan di Jepun. Sekurang-kurangnya perkongsian di blog dan media lain mengingatkan kami. Jemputlah singgah di http://travelogisma.blogspot.jp/
aboya berkata…
merdeka? apa itu? orang kita pernah merdeka?...
Nadia Johari berkata…
kalau dulu mesti menghayati apa itu kemerdekaan..sekarang..ermm..hanya nyanyian tapi maksud disebalik tak difahami