Assalamualaikum
Tergelak pula melihat apa yang di postkan blogger ben ashaari berkaitan dengan suami saman kerana isterinya keterlaluan bersolek. Inilah sekali menjadi persoalan , kamu mencintai seseorang kerana apakah , adakah kerana kecantikan dia semata ?
Inilah kenyataan sebenar bahawa kita akan menilai seseorang itu berdasarkan apa yang kita nampak.
Bila cantik menjadi pujian ramai,
Bila biasa tak ramai nak dekat.
Sebab itu ramai orang sekarang berlumba-lumba untuk jadi cantik dengan apa juga cara.Sanggup melakukan pembedahan plastik dan buat suntikan.
Ianya demi kepuasan diri, agar diri di puji dan menjadi tumpuan ramai.
Make up tidak salah tapi berpada, jangan keterlaluan sehingga mampu menipu mata yang memandang. Bersederhanalah dalam make up dan apa jua kita lakukan.
Biarlah orang menerima kita seadanya .Belajarlah menerima kekurangan seseorang itu sebagaimana kita juga insan yang tak besempurna.
Ingatlah bahawa Allah tidak pandang rupa paras kita tetapi hati kita.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu" (Hadis Riwayat Muslim).
Manusia hanya dapat memandang sesuatu secara zahir (nyata) saja tidak dapat menembus apa yang ada dalam hati, maka manusia sering kali tertipu dengan penampilan atau gambaran luaran yang sebenarnya menurut pandangan Allah adalah berlainan. Niat dan prasangka (zan) yang menjadi penilaian Allah SWT dalam menilai baik dan buruknya manusia.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Amal itu hanya tergantung dengan niat " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Andai kau mencintai manusia kerana rupa.Bagaimana agak nya kau mencintai tuhan yang tak berupa?
13 Ulasan
this is why u need to bring your gf for swimming..