Ticker

6/recent/ticker-posts

Murtabak Cheese No 1 Pilihan Warga Johor



Assalamualaikum 

Ramai yang tanyakan acik, kalau petang-petang itu kat johor tempat mana yang best untuk melepak sambil makan makanan yang enak-enak. Kalau acik di tanya mesti acik jawab murtabak kerana ianya menu yang sesuai di saji pada petang hari ketika kita duduk bersantai. 

Jadi di sini acik memperkenalkan murtabak yang terkenal di Johor terletak di Kampung Kurnia Larkin Perdana atau di kenali Murtabak Cheese Majid. Murtabak ini sememangnya sangat di kenali dan mendapat perhatian di media sosial mahupun dari mulut ke mulut.

Mulanya acik sendiri sangsi, murtabak harga RM 11 , mahalnya.


Tetapi bila acik rasa murtabak tersebut baru acik tahu selayaknya harga seperti itu, dengan rasa yang cukup dan menggunakan cheese yang mahal dan tekstur bahan yang di gunakan sangat padat seolah kita sedang makan pizza cheese yang enak.

Memang terbaik dan ianya terdapat pilihan kepada pelanggan sama ada mahu murtabak cheese daging, ayam mahupun mahukan double cheese. Sempat acik temuramah penjual murtabak tersebut. Sehari mereka boleh jual lingkungan 500 sehingga 100 keping sehari. Patut sehingga warga Singapura pun datang ke kedai murtabak ini untuk merasai keenakkan murtabak tersebut. 

Murtabak Cheese Majid special ini telah lama beroperasi dan merupakan perniagaan warisan . Tetapi rasa tradisi di kekalkan di tambah dengan cheese kerana ianya di gemari generasi sekarang ini. 



Menawarkan harga paling minima RM6 untuk murtabak daging tradisional biasa, Murtabak Majid Special No 1 Corner turut menawarkan harga tertinggi RM28 untuk murtabak jumbo cheese kambing yang boleh dihidangkan untuk tiga keempat orang.

Kalau datang ke johor, rugi jika tidak singgah untuk merasai keenakkan murtabak cheese ini. 



Jadi jika ingin merasai boleh ke alamat seperti di bawah ini 

Majid Murtabak Special No 1,Jalan Kurniawan,
Kampung Kurnia,80250 Johor Bahru

Waktu Operasi : 

Isnin hingga Ahad
12 tengahari – 6 petang

Boleh google map di : murtabak cheese kampung kurnia

Catat Ulasan

9 Ulasan

aboya berkata…
perghhhh... alangkahhhh....
peberet betul la mortabak2 ni.. bukan setakat bulan puasa... 11 ringgit ok la consider.. sebab mesti puas hati , kan cik
paridah berkata…
WAH SEDAP NI...TERINGIN NAK RASA...BELUM PERNAH CUBA LAGI...
ma ❥ berkata…
err sedap nii tp jauh la pulak nak kesana
yoorinmelacolea berkata…
murtabaknya besar macam murtabak singapore ke achik? tak pernah makan..kat kl x jumpa lagi..maybe sebab dah dipaternkan .. tu yg org takut nak tiru..hehe
Tanpa Nama berkata…
saya rasa saya sorang je yg belum pernah makan murtabak cheese ni T__T nak makan jugak
Yuliana Wahit berkata…
yup.. memang mahal martabak nih.. tapi sodappp... tp yuyu kalau makan tak pernah habis. selalu share.. hehehe
NuSaNa NoSa 91 berkata…
tak kesah la mahal, asal sedap.. boleh cuba ni kalau pergi johor..
FatihahFazlin berkata…
tak pernah makan lagu murtabak cheese..

mungkin sbb tak berapa nk suka makan murtabak..tapi yang ni nampak sedappp.
Unknown berkata…
Sedapnya..malam malam.baca atikel ni...lapar la skak dibuaynya