Assalamualaikum
Di jadikan kisah semalam semasa pergi ke bandar aku berjumpa dengan kenalan dari jauh sudah di sapa.
Shah :Acik !! ya Allah lama aku tak jumpa kau sejak habis poli.
Acik : ya Allah Shah lamanya tak jumpa kau, apa khabar shah?
Shah : alhamdulilah cik aku sehat ,cik kenalkan anak no 2. Zarif namanya, jomlah minum-minum, aku belanja.
Acik : ala comelnya Zarif, jom ikut uncle.
Di kedai
Shah : Acik aku nak minta pendapat kau sebenarnya, aku ada kenal seorang perempuan ini, aku rasa nak kawin lagi la.
Acik : Kau biar betul Shah, isteri kaukan baru bersalin anak ketigakan.
Shah: aah acik, anak perempuan, tapi aku mampu acik, aku tak nak buat maksiat.
Acik : minta maaflah, aku tidak bermaksud nak masuk campur urusan keluarga kau. Tapi kesianlah isteri kau dia baru sahaja lahirkan anak kau. Kau tak sayang dia ?
Shah : Mestilah sayang ,siapa tak sayang bini, tapi aku perlukan seseorang memahami aku seperti perempuan nie. Dia dah lama aku kenal dan dia sanggup jadi bini ke 2.
Acik : kau bahagia dengan isteri kau yang sekarang ? dia pernah buat kau sakit hati ? dia tak mencukupi keperluan kau ?
Shah : Dia baik sangat dan isteri yang baik, tapi tak salahkan aku nak nak ikut sunnah nabi ?
Acik : Shah banyak lagi sunnah nabi yang kau boleh ikuti bukan itu sahaja, itu adalah salah satunya.Aku tak halang kau, tapi fikirlah kembali adakah kau mampu untuk nanti ada dua keluarga sama ada fizikal dan mental ? kewangan? keluarga ? dan isteri kau.
Aku dari keluarga yang berpoligami, aku dah lalui keadaan tersebut. Ada yang baik dan ada buruk terutama perasaan isteri,anak-anak dan keluarga. Kau tahu bukan senang, anak-anak tidak dapatkan kasih sayang sepenuhnya dari seorang ayah. Jiwa anak akan celaru , lagi apabila melihat ibunya selalu menangis mengenangkan nasibnya. Mentalnya selalu di provok orang sekeliling. Bukan senang berbahagi kasih.
Tapi..
semuanya bergantung kepada iman. Tidak kira poligami atau monogami, lelaki yang beriman dapat mengendalikannya dengan baik. Ada yang berbahagia dengan seorang isteri… ya itulah yang normal. Namun, sekali-sekala terjadi juga yang ‘kadang-kadang’, ‘jarang-jarang’, berbahagia pula dengan dua, tiga atau empat isteri. Allah Maha Mengetahui, di sebalik segala takdirnya, ada bahagia sekiranya ada iman yang kukuh dan teguh di dada.
Kenapa perlu mencari masalah jika kau dah bahagia ?
Semua terpulang pada kau,paling utama bukan kerana nafsu semata buat solat taubat dan lakukan solat istikarah. Aku bukan arif soal ini tetapi boleh kau bawa bincang dengan isteri kau dan keluarga. Tapi sebagai seorang rakan aku katakan ini bukan masa yang tepat.
Shah : Ermm itulah acik, betul juga kata kau, terima kasih atas nasihatanya.
Sekali lagi acik nyatakan , acik tidak menolak poligami, silakan bagi yang mampu tetapi harus di pertimbangkan jika untuk makan diri dan anak bini pun sukar. Jangan di seksa mereka kerana kita. Segalanya ada hikmah di sebalik sesuatu pekara. Mohonlah petunjuk Allah.
Bagaimana pendapat kamu ?
13 Ulasan
yg masalah ialah x mampu.. kewangan, agama, tenaga dan sebagainya :)
tp Allah dah kata... kalau rasa tak mampu nak berlaku adil.. kawen 1 cukuplah..
masalah lelaki skang... tak mampu nak berlaku adil.. tu yg org pompuan angin