Assalamualaikum
Merdeka !! Merdeka !!
Tanggal 31/8/1957 tarikh keramat pengistiharan hari penting bagi negara kita. Tetapi kisahnya tetap sama malam merdeka di hiasi dengan lumba motor dan anak muda menjadikan malam merdeka malam untuk keseronokkan.
Sedang anak-anak masih terpinga-pinga, apa itu merdeka ?
Begitu sukar untuk jelaskannya kerana mereka sangat jauh dengan zaman tersebut mungkin penghayatan dan pendedahan itu kurang.Sikap tak nak tahu itu juga menjadi penyebab mereka tidak tahu tentang sejarah.
Bila di tanya bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan ?
Tergaruk-garuk kepala menjawab..
Masih ada masa untuk terangkan kepada mereka apa itu kemerdekaan dan menjadi satu tanggungjawab besar ibu bapa untuk beri penerangan kepada anak-anak.
Jangan cemarkan perpaduan yang ada
Sudah lama kita bersama, 3 bangsa dan kaum minoriti yang lain bersama membina nama Malaysia ke mata dunia.
BERSATULAH KITA BERSAMA UNTUK MEMASTIKAN KITA TERUS DAPAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN SEHINGGA BERABAD YANG MENDATANG.
6 Ulasan