Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Kau Kejar Sesuatu Yang Kau Sendiri Tidak Pasti


Aku tak sanggup melihat air mata mak mengalir kerana sikap dan perbuatanmu.Aku tak sanggup melihat mak sakit keranamu.

Duhai adik,
Apa yang kau cari selama ini ?
Apa yang kau perjuangankan demi kata-kata yang kau ludah ke langit kesan tempias pada dirimu sendiri.
Apakah kesenangan dan kemudahan ini buatkan kau alpa tentang perjuangan kita ?

Duhai adik, 
aku tahu aku bukan abang yang baik.Terkadang aku terkata kesat demi sedarkanmu.Terkadang aku aku meninggikan suara  demi kau tahu  aku marah setiap kesalahanmu.Tidak aku mempersoalkan perbuatanmu cuma aku risau jika kau tersasar.Aku lakukan semua ini kerana aku sayang bukan kerana membenci.

Demi kawan yang pertahankan itu, ianya tidak kekal lama.Ketika senang beribu kawan bertempeliak gembira, ketika kau jatuh kami orang yang selalu ada dengan untukmu.

Demi perempuan kau berubah sekelip mata, Itulah perjuanganmu untuk melawan nafsumu,
Bukan aku menghalang demi cinta kau perjuangkan.Tetapi bawalah cinta itu di jalan benar.

Duhai adik ,
Jangan kau sentuh benda terlarang itu,Jangan kau pernah terfikir mahu mencuba, takut binasa kelak dirimu.

Bukan duitmu ku pinta, bukan penghargaan aku junjungi, bukan janji manis yang aku mahukan. Cukuplah kau mampu jaga mak setelah aku tiada kelak. Buatlah hari-harinya gembira sebagaimana aku cuba mengembirakannya.

Kita lelaki, tanggungjawab kita besar, kelak kau bakal jadi ayah dan suami. Adakah kau akan lakukan kesilapan yang sama dengan tidak menghargai orang yang sayang padamu?



Catat Ulasan

10 Ulasan

Izzati Suhaide berkata…
rasa nk menangis jerr baca ni..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Sedihnye Acik..byk2 sabar ya..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Sedihnye Acik..byk2 sabar ya..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Sedihnye Acik..byk2 sabar ya..
paridah berkata…
HAI ADIK PEGANG KUKUH NASIHAT HIKMAT ABANGMU ITU...JUSTERU ABANGMU SGT MENYAYANGIMU...
dyanzakhi berkata…
suka penyampaian acik dlm menulis.. bersahaja tp menusuk :)
Unknown berkata…
Terbaiklah ayat :)
aswaleyla berkata…
kejar perempuan, tak sudah jugak. berbakti kepada ibu bapa dlu, lepas dah ad isteri baru jage elok2
Angah berkata…
Di persimpangan inilah ramai saudara lelaki kita 'tergelincir'; dalam menilai kasih sayang terhadap ibu vs kekasih/isteri. semoga 'adik' diberi hidayah
LembutSiMerahJambu berkata…
Setiap perkataan yg dikongsi mempunyai seribu pengajaran. Suka baca blog nie.