Ticker

6/recent/ticker-posts

Bersama Orang Yang Kita Cintai Atau Bersama Orang Yang Cintai Kita?



Assalamualaikum

Cinta sebati dalam jiwa 
Cinta penghancur jiwa raga
Cinta memudahkan semua 

Apakah sebenar erti cinta 

Cinta titiskan air mata 
Cinta memutuskan saudara 
Cinta senyum gelak ketawa 
Tiada dinafi'an cinta

Dikala hangatnya cinta 

Dunia itu indah 

Kala impian hancur lebur 

Harapan nyawa terkubur 

Mengapa di mana siapa 
Dapat menduga datangnya 
Dan pergi..



Begitulah cinta, semua manusia ingin hidup bersama dengan orang yang mereka suka dan sayang. Ada yang bercinta bertahun dan akhirnya bersama dan ada juga cinta bagai nak rak tetapi akhirnya kecundang. 
Aku juga seperti kamu semua mencari cinta seorang insan yang mencintai kerana Allah. Banyak kisah cinta yang aku saksikan adakalanya aku takut untuk bercinta, biarlah keluarga yang carikan.
Mak kata denganku, carilah calonmu taaruflah dengannya. Pencariaan itu aku teruskan.
Mata ini menjadi saksi apa yang berlaku di sekeliling.Ada yang sanggup bertahan dengan apa sahaja berlaku, di maki, di pukul demi cinta mereka pertahankan. Aku melihat cinta itu bermula dari keterpaksaan dan akhirnya belajar mencintai dari keterpaksaan tersebut.Aku melihat demi anak-anak cinta itu di kuatkan.
Aku melihat , mereka yang bertahun bahagia kerana satu pekara rosak masjid yang di bina sekian lama. Aku melihat derita seorang lelaki dan derita seorang perempuan kerana cinta, harta di kikis, buang kawan buang keluarga demi mendapatkan cinta sejati itu.
Salah ke cinta itu ?
Jawapannya salah bagi mereka yang hanya berlandaskan nafsu.
Jawapannya tidak salah selagi mencari cinta kerana Allah dari perilakuan, perkataan dan perbuatan.

Sememangnya mencintai seseorang itu mudah, tetapi di cintai oleh oranf yang kita cintai itu anugerah. Belajarlah mencintai kekurangannya sebagaimana kau mencintai kelebihannya.
Dari situ aku dapat membuat sedikit kesimpulan bahawa dalam hidup kita ada 2 pilihan.
1. Hidup bersama orang yang kita 'cintai'.
2. Hidup bersama orang yang 'cintai' kita.
Keduanya adalah plot perjalanan dari-Nya. Maka belajarlah terima hakikat.

Catat Ulasan

5 Ulasan

paridah berkata…
perkahwinan tidak hanya mempertahankan cinta tapi yg lbh penting bertanggungjawab dlm perkongsian hidup bersama suami/isteri.
Unknown berkata…
mencari cinta dan keredhaan dari Nya adlah lebih penting kan???
anazarin berkata…
Mencari insan yang mencintai kita....itu lebih bermakna
anazarin berkata…
Mencari insan yang mencintai kita....itu lebih bermakna
Unknown berkata…
terima pasangan seadanya x kesah la mencintai @ dicintai :)