Alhamdulilah chicken pox acik telah baik sepenuhnya dalam masa 5 hari. Memang kelakar dah tua-tua kena chicken pox.
Ya gatalnya yang amat, rasa nak garu-garu tetapi tak boleh.Tak pasal-pasal acik kena mc 5 hari padahal baru kerja.
Acik tertanya juga bagaimana asal jangkitan kuman ?
Chickenpox adalah jangkitan daripada sejenis virus yang dikenali sebagai varicella zoster. Pada peringkat awal ia kelihatan seperti jerawat yang kemudiannya akan bertukar dengan kehadiran cecair di dalamnya. Ianya bermula samada di bahagian kepala, muka atau badan. Biasanya seseorang akan mendapat jangkitan ini sekali seumur hidup.
Macam mana boleh berjangkit ?
Jangkitan boleh dapat dengan sentuhan dan juga ia boleh disebarkan melalui udara. Biasanya seseorangakan mendapat jangkitan ini selepas 2 minggu terdedah dengan mereka yang terkena jangkitan.
Ramai orang kata kalau kena chicken pox tak boleh mandi pada acik silap. Jangka masa yang kalau kena chicken pox ada yang 2 minggu & 3 minggu.
Bila kita kena chicken pox pasti demam,Jika tidak mandi suhu badan akan bertambah dan demam akan bertambah teruk, lagi berbahaya bagi kanak-kanak.Mandi elok untuk kita rasa segar.
Pekara yang perlu di elakkan
1. Berada di khalayak ramai terutama pada kanak-kanak dan ibu mengandung
2. Jangan kena hujan mahupun gerimis
3. Jangan makan kicap dan makanan yang gatal kita bertambah teruk seperti udang, sotong dan ayam. Elakkan makan telur juga kerana ianya akan menyebabkan kudis akan bernanah.
Pekara yang di lakukan untuk cepat baik.
1.Bila ada tanda bintik-bintik dekat badan terus pergi ke klinik dapatkan rawatan.
2. Minum air kelapa muda untuk keluarkan panas dalam badan.
3. Kawal pemakanan
4. Jaga kebersihan diri
5. Banyakkan minum air
6. Sapukan krim yang doktor beri (calamine lotion)
7. Mandikan air daun semambu.(Jika ada)
Okey, dapat ?
Sekurangnya dapat menolong jika anak kamu, akak dan abang kamu kena chicken pox.
9 Ulasan
terima kasih kongsi kan artikel nie.. dulu mselim3 pun pernah kena . Ya Allah dugaan juga nak baik nie kan.. demam dan disertai dengan gatal2 seluruh badan.
mselim3
pls: semoga chicken pox achik cepat sembuh.. dan tiada bekas. Mselim3 bekas chicken pox sampai sekarang masih ada..