Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Pengeluaran Duit SSPN Bagi Penama Yang Telah Meninggal Dunia



Assalamualaikum 

Ramai yang bertanyakan dengan acik bagaimana kesudahan kisah sspn acik. Adakah terhenti setakat di situ sahaja ?

Selepas entri acik tidak puas hati dengan perkhidmatan ptptn dan setelah pihak mereka minta maaf, acik dapatkan penerangan yang sebenar. 

Apa perlu buat jika ingin keluarkan tabungan skim simpanan pendidikan nasional (sspn) apabila pemilik bersama meninggal dunia ?

Seperti kes simpanan di buat kerana untuk buat pinjaman PTPTN. Syarat wajib dululah tetapi acik bawah umur dan ayah sebagai penama bersama. 

Jadi bila acik nak keluarkan perlu orang penama itu sekali ada, jika telah meninggal maka perlu melalui proses yang panjang.

Bagi pengeluaran dan penutupan akaun seseorang yang telah meninggal dunia perlu di sertakan :

1.Memo penutupan akauan

2. Borang atau slip pengeluaran/penutupan akaun/Geran sepadan
3.Salinan kuasa /Geran Probet


Salinan kuasa ini perlu ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan ke unit pusaka untuk mendapatkan surat kuasa akta harta pusaka kecil.

Tempoh untuk dapatkan surat tersebut dalam 3 bulan hingga 1 tahun atau lebih.

4. Salinan sijil kematian
5.Salinan kad pengenalan waris
6. Kad sspn
7. Salinn maklumat pendeposit
8. Salinan buku bank persendirian waris.

Pekara yang agak leceh soal untuk dapatkan surat kuasa tersebut

Jika kamu buat semasa bawah umur dan mengunakan akuan atas nama ayah atau ibu sebaiknya keluarkan. JIKA TIDAK KAMU PERLU MENJALANI PROSES DI ATAS.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Asha Lya berkata…
Thks info acik..kot memg brguna satu ari nnt