Assalamualaikum
Allahurabbi, terkejut apabila mendapat berita tentang kren terjatuh di Makkah.Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.
Menurut berita, enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera.Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya.Di mana jua kita berada ujian pasti ada untuk kita.
Marilah ambil sedikit masa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka di sana. Semoga mereka yang sedang melaksanakan haji kuat dan tabah menghadapi ujian Allah ini.
Semoga mereka di permudahkan urusan mereka oleh Allah.
Kepada mereka ibu bapa dan waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.
4 Ulasan