Assalamualaikum
Ramai mengadu dengan acik :
Aku ada degree tapi jaminan dapat kerja itu tak pasti padahal result aku 3.84.
Aku give kerja yang aku nak semua bukan bidang aku !!
Aku dah berdoa tapi masih belum ada rezeki.
Itulah antara luahan segelintir dari rakan-rakan di facebook.
Acik juga pernah rasai apa yang kamu rasai. Sekarang juga acik bekerja lari dari bidang acik belajar.
Apa yang paling penting sabar dan sabar.Allah itu Maha Adil.Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.
Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan soa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.
Tapi jika begitu, kenapa Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?
Mungkin bukan masa yang tepat, Allah akan berikan pada keadaan dan masa yang tepat. Cuma kita perlu bersabar.Begitu juga soal jodoh.
BERSABARLAH..
Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenarnya. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?
Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam pada hambaNya.
Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.
Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.Sedang meneliti sesuatu yang terbaik untuk kita.
Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Berdoa memohon keampunan darinya. Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba.
Kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.
5 Ulasan
terima kasih atas perkongsian ini
ena tag blog awak kat sini: http://www.aeinnamusa.com/2015/09/segmen-blog-award.html