Ticker

6/recent/ticker-posts

Semua Lelaki Perangai Sama ?





Assalamualaikum

Aku lelaki,
Mereka beranggap semua lelaki itu sama, penuh dengan ego, penuh dengan amarah dan tak bertanggungjawab.

Mereka kata senangnya jadi lelaki,
Gunakan keganasan pada kaum yang lemah (hawa).Boleh buat apa sahaja kerana dia adalah lelaki.

Aku akui memang ada seperti yang dikatakan tetapi bukan semua. Bukan semua lelaki itu jahat, bukan semua lelaki tak bertanggungjawab. Ramai lelaki yang baik cuma mereka di uji dengan cara berbeza. Berhadapan dengan kaum hawa yang kurang baik, di sakiti, di permainkan perasaan ,di khinati dan pelbagai lagi.

Mereka bertanya kenapa lelaki sukar untuk di fahami dan sukar luahkan perasaan.

Dari kecil aku di ajar anak lelaki kena kuat, jatuh jangan nangis, lelaki tak boleh lembik kena tegas.

Bayangkan jika lelaki menangis teresak-esak bukankah huduh di lihat, lelaki kerap meluahkan perasaan, maka siapa mahu jadi pendengar jika semua bercakap.

Allah mencipta kita lelaki dan perempuan saling melengkapi, kekurangan dan kelebihan di bagi sama rata.

Lelaki juga ada hati dan perasaan yang kadang ingin di fahami walaupun seketika.

Lelaki sifatnya tidak pandai untuk tunjukkan rasa sayangnya menggunakan perkataan.Orang lelaki takkan tunjukkan sikap peduli dan kasih sayang secara terang-terangan. Mereka akan guna cara yang berbeza.

Jantina lelaki atau perempuan tidak melambangkan sifat sebenar seseorang itu. Ianya adalah bersifat individu, ada lelaki yang baik di uji dengan perempuan yang kurang baik. Ada perempuan yang baik, di uji dengan lelaki yang juga kurang baik. 

Jangan cari salah siapa seeloknya perbaiki hubungan yang dingin eratkan hubungan yang telah terpisah jauh, tenang jiwa amarah.

Kita tak dapat apa yang kita impikan tetapi dia hantar untuk pelengkap diri kita dan sebagai ujian dariNya.
Alhamdulillahir robbil alamin

Shallallahu ala Muhammad wa ala ali Muhammad
Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntum minadzalimin
Astaghfirullohal adziem Innahu kana ghofaro

Ya Allah jadikan kami …

hamba yang bertaubat
hamba yang mensucikan diri.
hamba yang bersih.
hamba yang bertawakkal
hamba yang selalu berbuat baik
hamba yang berlaku adil.
hamba yang sabar.
hamba yang bertakwa.
hamba yang selalu ada dijalan-Mu dalam barisan yang teratur.

Ya Allah Kasihanilah kami. jadikan kami hamba yang engkau sukai. Redhailah kami

Berikanlah kami kebaikan-kebaikan sebagaimana Engkau telah memberikan kepada hamba-hamba mu yang sholeh dan solehah

Catat Ulasan

9 Ulasan

nora razalli berkata…
mane ade
lainnnn..
lelaki semua tak sama :)
Papaglamz berkata…
Ya Allah jadikan kami …

hamba yang bertaubat
hamba yang mensucikan diri.
hamba yang bersih.
hamba yang bertawakkal
hamba yang selalu berbuat baik
hamba yang berlaku adil.
hamba yang sabar.
hamba yang bertakwa.
hamba yang selalu ada dijalan-Mu dalam barisan yang teratur.

Ya Allah Kasihanilah kami. jadikan kami hamba yang engkau sukai. Redhailah kami

Berikanlah kami kebaikan-kebaikan sebagaimana Engkau telah memberikan kepada hamba-hamba mu yang sholeh dan solehah

Aamiin.....
Unknown berkata…
YEs, betul tu achkik. Setiap lk tak sama begitu jugak perempuan.
PeRdU cINta berkata…
Lain orang lain cara..lain sikapnya walau jantinanya sama.,
Izzati Suhaide berkata…
Betol tu acik..setuju..
Sayidah Napisah berkata…
aminn :)

yeap memang betul. kalau laki nangis teresak-esak tu haduiiii hairan pelik pulak tengok kan. laki ni kekonon kental tapi jiwa rapuh juga :)
paridah berkata…
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI SEBAIK-BAIK HAMBA ...