Beberapa hari lepas acik ada program bersama seorang kenalan untuk mengajar dan memberi motivasi kepada anak yatim. Tetiba acik di hampiri seorang wanita berusia lingkungan 50 an tetiba bertanya :
Adik percaya tak semua orang boleh berubah ?
Acik : mestilah percaya kak, pintu taubat Allah itu luas.
Wanita 50 an : tapi kenapa manusia sering letakkan persepsi bahawa setiap yang jahat itu pasti ke neraka dan seolah pintu taubat itu tak ada.
Acik : mereka pun manusia biasa kak ada khilafnya , itu tanda kita manusia tak sempurna.Kenapa akak tanya macam tu ?
Wanita 50 an : tidaklah dik, cuma akak terpanggil tanya adik sebab akak nakkan pendapat orang muda macam adik, ada ke kesempatan untuk kita berubah walaupun usia kita dah tua ?
Masihkah Allah terima taubat kita ?
Masihkan ada ruang dan peluang untuk kita bertaubat dik ?
Hati ini sering berbisik bahawa tiada ruang dan peluang untuk saya berubah, selalu kata sambil bila-bila amalan yang saya lakukan tidak di terima Allah.
Hati ini sering berbisik bahawa tiada ruang dan peluang untuk saya berubah, selalu kata sambil bila-bila amalan yang saya lakukan tidak di terima Allah.
Acik : Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah sayang akak sebab itu Allah berikan kekuatan hati untuk kejalanNya.Allah terima taubat sesiapa yang ingin benar-benar berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang kita lakukan.
Selagi ada udara di bumi Allah ini, selagi sebelum mata kita terpejam erat. Selagi itu seluas air di lautan ada peluang dan ruang untuk kita kepada padaNya.
Wanita itu terdiam setika, dia berpalingkan muka dariku. Entah mengapa aku dengar tangisan kecilnya.
Akupun masih sedang baiki diri ini yang banyak kelemahan. Kadang berperang dengan diri sendiri untuk mencari Hidayah Allah. Aku manusia kau pun manusia , terkadang kita lakukan kesilapan dalam diam.
Hati terus berbisik membicarakan pekara yang bukan-bukan.Ada masa berkata untuk megahkan diri, terkadang dia terdetik untuk mengutuk orang lain. Lalainya hati, zikirlah dalam hati , berzikirlah , bertahmidlah kepadaNya agar hati kita selalu bersangka baik setiap yang berlaku.
Umur bukan syarat untuk kita kembali ke jalanNya.Selagi ada ruang dan peluang ini kembalilah ke Jalannya.
9 Ulasan
Yang penting kesedaran kena ada
Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam