Bunyi ambulans kedengaran di pagi hari. Aku lihat 2 ambulans dengan berkejaran tuju ke hospital.
Dah di ajar oleh mak bila nampak ambulans lalu berikan laluan. Kesian pada pesakit lagi-lagi mereka dalam keadaan teruk.
Aku perlahan kereta dan ketepian jalan begitu juga beberapa pemandu yang lain.Tetapi ada juga pemandu yang tak ambil kisah bila ambulans makin laju dia pun makin laju bukan membiarkan ambulans tersebut.
Degil betul pemandu nie, memang dia tak bagi ambulans itu potong dia.Ramai yang hon perbuatan dia tu.
Mungkin dia tak fikirkan, jika pesakit dalan keadaan kritikal dan perlukan rawatan segera.
Atapun ahli keluarganya mungkin sedang bertarung dengan nyawa.
Tak rasa rugi pun jika kita berikan laluan.Jadilah rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab kepada sesama insani.
Ingat lagi, dulu arwah abah lambat dapat rawatan kerana ambulans lambat dan ini mungkin salah satu punca dari pemandu degil.
Ingat lagi, dulu arwah abah lambat dapat rawatan kerana ambulans lambat dan ini mungkin salah satu punca dari pemandu degil.
Dan satu lagi, bila ambulans lalu jangan ambil kesempatan sama mengekori ambulans tersebut. Biasanya motor dan pemandu kereta yang degil.
Bayangkan kalau tiba-tiba ambulans itu brek kecemasan. Bukankah bahaya ?
Fikirlah, Allah berikan akal dan fikiran itu gunakan sebaiknya.
7 Ulasan
http://angellovesoldier.blogspot.my/