Masih segar di ingatanku,
'Nanti kau dah kawin dah anak baru kau tahu macam mana"
Dulu aku antara yang tak faham kiasan mak itu, aku masih tetap dengan pendirian aku bahawa cinta harus di perjuangkan.
Kalau sebut soal cinta tentu yang di benak otakku dua insan yang berkasih, mengejar cinta sejati dari segi kelakuan mesti bergayut 24 jam, keluar jalan-jalan pegang tangan, selfie dengan caption doakan kami hingga jannah dan tunjukkan moment yang indah bersama dia, berjanji sehidup semati bersama.
Dekat 10 tahun aku couple dengan dia tapi rupanya belum cukup masa itu untuk aku lebih kenal dia. Aku berdegil nak kawin usia sekarang. 22 tahun pada aku ianya usia yang cukup untuk aku jadi ketua keluarga. Aku berkeras seboleh-bolehnya untuk berkahwin. Mak ayah terpaksa ikutkan kehendak aku sebab aku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
Mulanya memang seronok sebab aku dapat bersama dengan orang yang aku cintai. Bila dah tinggal sebumbung dengannya baru aku tahu perangai sebenar dia. Susah bangun bagi, jarang aku bersarapan, keluar kerja rumah di biarkan bersepah, masak asyik masin.
Aku sayang dia, tak apa aku terima seadanya, aku bagi semangat untuk dia berusaha. Terkejut tengok gayanya kat rumah berbeza ketika dulu berjumpa.
Memang orang kata kawin itu ada rezekinya tetapi kena berusaha. Susah rupanya nak sara anak orang, makan minumnya , keperluan dia, duit nafkah dah macam-macam. Dulu tengok orang kawin nampak indah sahaja di sebaliknya banyak air mata yang tersimpan rapi.
Bila isteri mengandung , kos tanggungan bertambah. Aku kena kerja lebih kuat untuk anak bakal yang di lahirkan. Isteri mengandung alahan, kadang aku sendiri tak boleh dekat dia katanya tak tahan. Aku bakal jadi ayah muda, mampu ke jaga anak nanti ?
Mak banyak tolong aku, kadang sampai nak makan sendiri pun tak ada. Kerja biasa, itulah degil mak suruh belajar sibuk nak kawin.
Bila anak aku sudah di lahirkan, aku dengan di kekok untuk jaga budak. Malam menangis sebab perut kembung, nak susu dan macam-macam lagi.
Pernah terdetik kalaulah aku ikut kata mak ayah aku , pasti aku boleh berikan terbaik untuk isteri dan anak-anak aku.
Betul kata mak aku, kawin ini besar tanggungjawabnya dan sangat mencabar. Berkali aku cuba lari kehidupan sekarang nasiblah aku ada kawan baik yang selalu beri semangst dan motivasi untuk aku iaitu pemilik blog ini.
Aku ceritakan segalanya kepada semua bukan suka-suka hanya sekadar nak buka aibku tapi ingin bertanya kepada kamu semua bersediakah untuk lalui semua itu ?
Restu mak ayah sangat penting untuk hidup berumahtangga. Dengarlah nasihat (yang baik-baik) kerana mereka lebih makan garam dari kita.
Sampai sini dulu aku berkongsi cerita, terima kepada acik pemilik akupenghibur.com kerana siarkan kisah hidupku.
13 Ulasan
*geleng-geleng*
www.azlindaalin.com