Ticker

6/recent/ticker-posts

Cinta Di Tolak Keluarga Kerana Kenegerian


Assalamualaikum

Allah kurniakan satu perasaan yang indah iaitu berkenal-kenalan dan berkasih sayang sesama insani. Pelbagai peristiwa yang terjadi di sekeliling kita dan apabila membaca email dari seorang pembaca blog acik iaitu Nabila.

Teringat pula kisah yang pernah terjadi dahulu sebelum acik berceloteh panjang mari baca dulu sedikit coretan kisah dari Ila :

Assalamualaikum Achik. Saya salah seorang reader dari blog achik. Saya suka baca entry-entry achik yang simple tapi penuh makna. Muhasabah diri.. pasal cinta. saya nak share pada achik berkaitan kisah sy dengan MR R ( bukan nama sebenar ). Saya amat memerlukan nasihat-nasihat dari achik. :( Kisah saya begini... kami telah berkawan selama 6 bulan. Satu hari MR R meluahkan hasrat untuk membawa ibubapanya berjumpa kedua ibu bapa saya. Gembiranya hati Allah aje yang tahu. Saya menunggu masa yang sesuai untuk membawanya pulang berjumpa kedua ibubapa, kerana kesibukan kerja kami. Perkara itu tertangguh. Rupa-rupanya.. Ada berita yang dipendamnya,keluarganya menolak saya mentah-mentah. Atas dasar kenegerian. Untuk pngetahuan achik, beliau berasal dari utara tanah air, manakala saya dari selatan. Kisahnya keluarga beliau trauma dengan perempuan dari negeri saya. Sebabnya abgnya lagi 2 bulan hendak menikah, tapi perempuan itu memutuskan hubungan. hancurnya hati saya allah je yang tahu. Saya cakap dengan dia.. Takpelahh... Kalau rasa nak tinggalkan sy,sy terima. Sebab antara saya dengan mak dan keluarga awkk.. Diorg lagi berhak dari saya. Tapi dia insists nak teruskan hbungan ini. sy ikotkan aje. Sehinggalah bulan 9 baru2 ini. kami ade sedikit salah faham.. dan dia pon berkata "dia tak mampu lagi untuk menahan saya walaupun hatinya terluka, mencintai tak semestinya memiliki.
 Bulan lepas saya mengambil cuti tanpa gaji untuk tenangkan fikiran, munasabah diri sendiri.. Jauh saya membawa diri ke luar negara. Solat sunat istikharah pon saya lakukan.. seandainya benar dia jodoh saya.. panjangkanlah jodoh pertemuan kami. Setibanya saya di Malaysia. Hati saya tenang. Saya serahkan segalanya pada Allah.. Saya cuba ikhlaskan apa yang terjadi. Gambar2, mesej2.. Semua saya delete semasa berada di luar negara. Namun baru sehari sata masuk kerja. Sy dah terserempak dengan dia. Tapi sy sempat menyembunyikan diri. Tapi kawan baiknya telah nampak saya. Dan cuba menegur saya. Sampai bila nak menyorok? Pusing manapun tetap akan terjumpa. Hati sy mula luluh balik. Dan betul cakap kawan baik dia. Harini, awal pagi tadi kami bertentang 4 mata. Ya Allah... hampir terduduk dibuatnya. Kenapa achik? kenapa sy? kenapa kami? Dia cakap.. kenapa atas kesilapan org lain, kami yg jadi mangsanyaa.. mungkin ya keluarganya trauma. Tapi bukankah elok jika dibuang yg keruh, diambil yg jernih? sy bukan cakap sy gadis yg baik, sy sendri masih byk kekurangan. Sy minta pandangan achik, macammane nak tangani masalah kami ini? kami masih menyayangi. Tapi disebabkan keegoan masing2. Kami mengambil jalan ini.

Pandangan acik :

Allahurabbi kisah ini ada terjadi dalam keluarga acik sendiri di mana keluarga trauma untuk menerima menantu dari sesetengah negeri.

Kepada ila pertama jangan putus asa teruskan berdoa pada Allah agar di lembutkan hati mak ayah lelaki tersebut. Jika ada masa sedekahkan al fatihah kepada mereka dengan menyebut namanya agar Allah lembutkan hatinya.

Kedua, cubalah berjumpa dengan keluarga mak ayah lelaki tersebut dan tunjukkan bahawa kamu tidak seperti yang di fikirkan . Buatlah baik kepada mereka dan cuba di bawa bersemuka.

Ketiga, persiapi diri dengan ilmu rumahtangga dan diri kita seperti pandai memasak, bangun awal pagi dan sebagainya. Agar bilamana dia tengok kita rasa sejuk, hati manusia ini umpama kerak nasi , jika di jirus air berkali-kali maka lembut juga.

Keempat , percaya pada jodoh Allah.
Walaupun mak ayah tak suka dan ads persepsi tetapi Allah telah tetapkan dia jodoh kamu maka yakinlah. ALLAH tahu yang terbaik untuk kita dan tiads siapa dapat menghalang.

Kelima, cubalah rapat dengan adik beradik lelaki tersebut sama ada melalui laman sosial mahupun melalui telefon, mesej dan sebagainya kerana bilamana kita cuba menyakinkan bahawa kita lain dari lain , inshaAllah adik beradik lelaki itu juga akan bantu menyakinkan untuk hubungan kamu.

Keenam, nasihat lelaki selalu berbuat baik pada ibu bapanya bahawa dia sudah benar bersedia dan serious dalam hubungan kamu dengan dia.

Paling penting lepas solat itu berdoalah percaya dengan ketentuan Allah . Kadang pekara ini menjadi asbab untuk diri kita muhasabh diri.

Negeri itu sebagai tempat kita tinggal, bahasa atau loghat komunikasi harian.
, ianya tidak melibatkan perangai atau sikap kerana ianya lebih kepada personaliti individu tersebut. Ada je orang johor baik, ada je orang Kelantan baik, begitu juga negeri lain. Okey ? 

Catat Ulasan

9 Ulasan

paridah berkata…
sebenarnya ada sebabnya ibubapa menolak perjodohan anak2 mrk disebabkan negeri dgn alasan kuturunan mrk xboleh dijodohkan dgn mrk dari negeri berkenaan. bukan dgn sengaja mahu menolaknya tetapi kerana kepercayaan yg dipegang/warisi sekian lama...perjodohan yg berlaku mungkin akan ada masalahnya agaknya begitulah kot.
Tanpa Nama berkata…
Kekadang ada ibu bapa yg takut d tinggalkan jika anak kahwin dgn orang jauh. Alhamdulillah keluarga kathy tak menentang perjodohan sebegini kerana akur dgn ketentuan jodoh yang di atur Allah.
Amie berkata…
23 tahun lalu, kali pertama saya mendapat surat tawaran bekerja dengan KPM... kena posting ke Sabah. Mak saya terus menangis. Jiran saya datang, siap pesan: Jangan kahwin dengan orang Sabah. Abang ipar saya siap beri amaran: Jangan sampai kahwin dengan orang Sabah. Tak sampai setahun setengah di Sabah, saya kahwin dengan orang Sabah!
Julia Johari berkata…
Hmmm typical sesetengah keluarga yang meletakkan jodoh itu kepada negeri...sangat2 tidak adil...Allah yang aturkan semuanya.
Bisnis Borneo berkata…
musti galau lah tu sama seperti saya, belom ada jodoh lah bisnis borneo
Suria Amanda berkata…
Bilamana keluarga masih mengamalkan pemahaman yang berlainan...anak2 jadi mangsa...
aswaleyla berkata…
kalau macam kena dengan orang sabah sarawak mak lela pon tak bagi. memang biasanya mak ayah nak kita duk dekat2 ngn depa jaa
Azirahman berkata…
Jodoh ajal maut semua ketentuan Allah.
Semoga kita tidak terikat dengan amalan dan ikutan yg tidak sepatutnya.