Assalamualaikum
Siapa pun pastinya mahukan ikan yang segar untuk di jadika santapan harian. Yelah kadang itu pergi ke pasar ikan dah pecah perut dan nampak dah lama. Jadi rasanya juga tak sedap hingga buat hilang selera makan.
Kadang bukan apa, di pasar yang berdekatan itu harganya jauh lebih mahal.
Acik ada satu tempat untuk dapatkan ikan segar dan berpatutan.
Lokasinya terpencil tetapi di sinilah tempat untuk acik dapatkan ikan dan harga berpatutan.
Hanya di Jeti Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor
Disini kamu boleh dapatkan ikan segar terus dari nelayan dengan pelbagai ikan dengan harga berpatutan sesuai dengan tersebut.
Waktu operasi : 9 pagi dan 5 hingga 6 petang.
Jadi jika kamu datang ke sini mahukan lalu kawasan berdekatan bolehlah singgah untuk dapatkan ikan yang segar.
6 Ulasan