Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Sayangkan Seseorang Maka Lepaskan Dia


Assalamualaikum

Acik, aku masih tertanya dengan ayat yang kau post di facebook. Jika sayangkan seseorang maka lepaskan dia, apa maksud kau ?


Bukankah kalau kita sayang dia seharusnya kita jaga dia sebaik mungkin ?

Aku hanya mampu gelak dengan pertanyaan kawan aku.

Tidaklah maksud aku itu jika dia sayang dia itu harus tinggalkan dia dan abaikan dia.

Apa yang acik maksudkan adalah jika kita sukakan seseorang itu, kita sudah berusaha semaksimum untuk dia. Memang dia yang terbaik untuk kita. Tetapi ada masa kita harus lepaskan dia seperti ikan di sungai. Biarkan dia bebas berenang ke mana sahaja dia mahukan. Jika satu ketika nanti di hatinya terdetik rindu pada kita. InshaAllah dia akan kembali dengan membalas cinta kita.

Cinta bukan perlu di paksa, cinta itu juga tak perlu body contact tetapi cinta itu ada kesediaan kita menerima seseorang itu semata kerana mencari keredhaan Allah.

Jika cara kita betul dan tindakan kita betul inshaAllah cinta kita pasti di bantu oleh Allah. Jodohkan rahsia tersembunyi Alllah dari kita. Mana tahu dia jodoh yang telah di tetapkan ?

Kadang kita sahaja penat kejar cintanya tapi dia abaikan kita. Jarakkan seketika biarkan dia pula mencari cintanya.

Faham ?

Kawanku hanya mengganguk mengiakan. 

Tapi kalau dia pergi tak kembali ?

InshaAllah ada seseorang yang Allah hadiahkan untuk kau atas kesabaran kau
Wahualam.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Suria Amanda berkata…
Akak Setuju....dulu akak pun ada seseorang yang akak suka dalam diam...dia pun dalam diam suka kat akak tapi masing-masing tak luahkan...di satu pertemuan dia hulurkan kad undangan...huiii sedih giler rasa hati masa tu...hancur luluh...tapi sebab akak sayang dia...nak dia bahagia..akak lepaskan perasaan tu...
nora razalli berkata…
lepaskan dan jaga dia dari jauh atau minta tuhan jagakan dia
actually syg lepaskan ni adalah option yg terakhir kalau 1 pihak tu tak setju dgn hbungan tu
hehe
just2cent ^__^
Azirahman berkata…
jika sayangkan seseorang pastikan dulu adakah seseorang itu juga mempunyai rasa yang sama sebagaimana yang kita rasa, kalau tidak lepaskan dia dengan mendoakan kebahagiaan dia...moga kita juga akan dpt kebahagiaan yang memang telah dihaq kan utk kita....
Tanpa Nama berkata…
assalam..
dah lama tak jenguk ke sini.
betul kata achik, adakala lepaskan dia pergi itu lebih baik dari bersama.
wallahualam :)
mungkin kita tidak boleh hidup bersama,
tapi,
boleh jadi sahabat selama-lamanya,
lepaskan perasaan cinta tu,
sayang sebagai seorg sahabat...
memang susah nak lepaskan,
redha dengan ketentuan ilahi..

Sumaiyyah~ berkata…
Biarlah kita lepaskan orang yang kita sayang...sbb cinta tu tak semestinya memiliki,cukup melihat dia yg disayangi bahagia...tanpa kita sedar,sbnarnya dalam kita mnyayangi seseorang yg xsygkan kita,ada orang yg sayangkan kita..tp kit abaikan..huhuhu...sian kan..
Unknown berkata…
Terima kasih utk entry.
Allahtolongaku berkata…
sedih..mcm crite saya...akk dh dpat jmpe org lain ke?.....smpai hati dia pilih org lain....kiter x buka hati kat org lain...tpi jadi mcm nie......dlm hati ada dia je.....kiter prmpuan....mmg nk dia sorang je....lain lh lelaki....boleh ambik..sesiapa je..knapa nie...jadi kat saya....hri2...nmpk..kat office..dgn wife dia...skit hat,sedih,pning kepala asyik nangis.
Ana farhana berkata…
Tabahlah dik Allah lebih mengetahui mana yg tbaik utk kita. Tak smua kita suka akn jd milik kita dan tbaik utk kita dan tak smua yg kita x suka tu tak tbaik utk kita .. Allah lbh mengetahui