Assalamualaikum
Siapa pernah makan mee rebus ?
Satu tempat makan yang sedap di kota tinggi hanya di Mak Long Mee Rebus. Keenakkannya menjadi bualan mulut ramai orang.
Sebenarnya tempat ini menjadi tempat nostalgia bagi kami sekeluarga kerana arwah abah sangat meminati mee rebus di sini.
Tak pelik jika kamu lihat ramai pelanggan cina,india dan tentu sekali pelanggan melayu datang ke sini.
Kalau nak tahu, mee rebus Mak Long la paling dasyat !.Dia punya kuah mee rebus bukan main pekat likat lagi. Ditambah dengan telur goyang yang menambah selera.Selain daripada Mee Rebus, di gerai Mak Long ni juga ada soto mee, soto nasi, nasi lemak ayam, & nasi lemak biasa. Memang Terbaik ! Harganya juga berpatutan.
Lokasinya berada di Kampung Tembioh, jika menghala ke Johor Bahru, selepas jambatan kota belok sebelah kiri (jalan antara hotel appolo & padang). Belok kiri menghala ke sungai & belok kanan. Terus & mata sambil tinjau sebelah kanan, anda akan nampak signboard Mee Rebus Mak Long.
Resepi turun temurun sejak 20 tahun yang lalu, sebelum ini kedai ini di sebelah shell kini berpindah di sini.
9 Ulasan
www.azlindaalin.com