Ticker

6/recent/ticker-posts

Peristiwa Di Sebalik Setiap Daerah Di Johor

Assalamualaikum

Dari dulu acik sendiri tertanya kenapa setiap daerah itu ada sejarahnya. Bila di tanya apa sejarah Kota Tinggi ?

Aah tak tahu , jadi mesti nak tahu tentang setiap daerah di Johor jadi mari acik story.



Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan 'segera amat' atau 'segar amat'.Kata-kata ini lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka di tawan Portugis. Bendera Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu.Ketika sampai ke lubuk Batu, menurut beliau segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. 

Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas. Bendaraha Tepok mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok selepas mandi, segar amat rasa badan ini kata- kata Bendahara Tepok menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan penempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Pontian

Perkataan Pontian dikata berasal dari kata "Perhentian". Perhentiaan yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka yang kebanyakkan para Pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka.

Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Kuala Sungai Pontian Besar tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya,sementara pontian kecil menjadi Bandar Utama bagi daerah Pontian.

Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang di bina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor .Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.

Oleh kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari Gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali nama Palanda.Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han dan zaman Empayer Rom pernah di temui di Kota Tinggi.

Muar

Muar lahir daripada perkataan 'muara' iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Pameswara) dari Singapura setelah di kalahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1512, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar. 

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan 'muak' (jemu dan mu-aru) bahasa tamil bermaksud tiga sungai . Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887.Oleh kerana itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja,permaisuri baginda memakai gelaran Maharani.Bandar itu di namakan atas nama permaisuri yang mengiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu.

Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalah berat.

Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebab tempat itu dikenali dengan nama Mersing. Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna Perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu  bapa Mersing memilih anak penghulu bakal menantunya.

Untuk memisahkan di antara Mersing dan Awang timbullah fitnah.Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghampuskan fitnah tersebut.Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang berkeras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal Dari nama dari itu lahirlah nama Mersing dan didendang kisahnya dalam lagu Sri Mersing.

Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung.Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari Bukit di belakang mereka iaitu Gunung Lambak.Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan upacara di bukit untuk memujuk keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk tersebut.Dari semangat Keluang itu di ambil dijadikan Kluang.

Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu,Batu Pahat. 

Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (orang-orang Muslim Patani Siam) do bawah pimpinam Awi Dicu dalam abad ke 15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan Pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini di kenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat . Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggeram .Nama Penggeram itu dikatakan berasal daripada pangkalan jeram kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.


Wahuallam tentang kebenarannya, ianya di dengar dari orang-orang dahulu. Jika ada maklumat boleh kongsikan pada kami.

Catat Ulasan

6 Ulasan

mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

terima kasih achik perkongsian nie... mselim3 mencari2 gak maksud daerah kota tinggi ... dapat tahu bila baca kat blog achik kat sini.

mselim3
aswaleyla berkata…
baru tahu. ta[i memang setiap daerah dan tempat ada cerita disebaliknya kan
dorsett pink berkata…
hebat nya .. bila tahu sejarah semua daerah kat Johor ni. tahniah
paridah berkata…
setiap daerah ada cerita bersejarah berkenaan namanya...menarik info yg dikongsi.
Unknown berkata…
pernah baca la pasal Batu Pahat tu.. ermm.. bagus info ni Achik.. takde la orang ingat kat Johor tu ada JB je kan.. daerah lain pun ada.. hello...! hehehehee... :)
Sue Izza berkata…
wahhhh menarik,semua ada sejarah tersendiri