Ticker

6/recent/ticker-posts

Selfie Tak Salah Tapi Pekara Ini Perlu Di Pertimbangkan


Assalamualaikum

Selfie atau singkatan bagi self potret menjadi keterujaan dan trend pada masa kini. Siapa sahaja pastinya akan selfie ke mana sahaja tak kira masa, keadaan dan tempat.

Siapa suka selfie ?

Tentu berduyun yang akan akan tangan termasuk acik. HAHA itu tak di nafikan.

Salah ke selfie ?

Tentu tak salah tetapi kita kena adab dan tidak melanggar hukum syarak.Tetapi kamu perlu jaga

Pertama : Tengok tempat dan keadaan

Sebelum selfie pastinya kamu kena tengok tempat dan keadaan untuk kamu selfie. Masa mandi selfie ? Majlis kematian selfie ? Ziarah Kubur ?

Tentu tidak sesuaikan bukan ?

Jadi bila nak berselfie kena pertimbangkan soal masa, keadaan dan tempat. Jika tiada halangan silakan.

Kedua : Adab Pergaulan.

Pastikan ketika selfie ataupun wefie tidak keterlaluan. Paling penting jika bukan mahram jaga jarak dan aksi. Agar tidak berlebihan dan tidak menjadi fitnah bagi yang melihat.

Ketiga : Adegan yang tidak sepatutnya.

Sekarang ini, ramai yang menjadi attention seeker untuk dapat perhatian masyarakat. Upload gambar dengan aksi yang bukan-bukan serta posing yang kurang sopan. Sebelum upload itu fikir dulu sesuai atau tidak untuk tatapan umum. Bila berseorangan juga jangan aksi melampau dan di simpan dalam telefon bimbit , risau jika gambar tersebut dapat pada orang tidak amanah dan di siarkan. Bukankah akan beri kesan buruk pada kita.

Keempat : Bersama barangan yang berjenama.

Kadang niat kita bukan nak tunjuk kita ada barangan mahal tapi cuma untuk suka-suka nak tunjuk pada kawan. Tapi hati-hato ada yang positif dan ada yg negatif dan paling bimbang jika jadi ujub dan riak dalam diam ianya berkata-kata dalam hati kecil. Berwaspada.

Kelima : Bersedia gambar di ambil dan di kritik

Bila kita share di laman sosial bermakna kita bersedia untuk orang lain lihat, save dan sebarkan. Kerana ianya kita lakukan di umumkan. Maka fikir dulu kongsi sesuatu.

Okey sedikit dahulu acik kongsi, next time kita bincang lagi. Kalau ada nak tambah boleh komen di bawah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

paridah berkata…
suka sungguh berselfie sampai terlupa adab ya...harus difikirkan juga tu...