Assalamualaikum
Sejak entri jodoh adalah cerminan diri kita bertalu-talu mesej dan email masuk menyatakan dan meminta tips untuk dapat memikat hati seseorang itu dengan seadanya.
Acik tidaklah pakar tetapi dari segi pemerhatiaan acik , bolehlah acik kongsikan sedikit.
Tetapi ingat soal hati ini tidak boleh di paksa kerana ianya kerelaan seseorang menerima kita seadanya.
1. Be your self
Maksudnya kalau itu perangai kita, sifat kita maka kekalkanlah.Tetapi biarlah bertempat, kawallah perangai kita. Jangan tunjukkan ego kita tetapi tunjukkan itulah sifat kita seperti prihatin, penyayang, independent, pandai buat lawak dan sebagainya.
2. Jaga akhlak
Tahu satu tips yang mampu melumpuh hati lelaki handsome dan perempuan cantik itu adalah dengan akhlak kita. Ianya boleh di pupuk dan di jaga. Bukan kita buat-buat tetapi ianya secara alami. Jaga pergaulan, jaga adab percakapan, solat cukup, jaga perkataan dan sebagainya.
3. Pandai ambil hati orang tua.
Kadang kesilapan sering di lakukan adalah apabila suka seseorang itu hanya kita sukakan dia sahaja dengan keluarganya kita tak suka. Tak boleh macam itu, cubalah kita ambil hati mak ayah berbuat baik .Orang kata kalau nak selamat ambil hati mak ayahnya , mana jodoh kita ada dapat anaknya sekali.
4. Kekuatan doa
Ramai yang menafikan kekuatan doa, sedangkan ianyalah perhubungan antara cinta kita dengan Allah dan manusia. Mana tahu doa kita di makbulkan dapat bersama dengan orang yang sering kita sebut dalam doa. Mana tahukan , Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
5. Pendengar yang baik
Kadang kala kita harus menjaga pendengar yang bagi setiap masalah orang lain. Kadang dia bukan nak penyelesaian sahaja tetapi dia nak ada tempat berkongsi cerita. Muncul keselesaan berkongsi antara kamu dan dia.
6. Percaya pada jodoh Allah
Pekara yang paling penting adalah percaya ketentuan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk kita. InshaAllah ada jodoh dengan orang kita suka maka inshaAllah kita akan bersama. Berdoalah.
7. Siapkan diri untuk menjadi bakal suami/ bakal isteri
Berkahwin ini kita mesti siapkan mental dan fizikal. Bersedia menjadi nakhoda kapal perang ? Bersiap sedia menjadi co pilot ?
Kuatkan dari segi pendapatan , jika bercita-cita kawin awal mulalah tabung duit dari sekarang.
8. Tips pikat lelaki dalam islam. ( bagi perempuan sahaja)
Benar. Dasar seorang Islam itu Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia langit dan bumi.Begitulah juga dengan ilmu mengenal lelaki dan cara memikat tanpa melanggar syariat itu masih luas. Walaupun ia tidak sehebat rahsia khazanah kitab Al-Quran, namun TUHAN telah menjadikan rahsia itu banyak di sebalik seorang manusia bernama lelaki.
Bagaimanakah ilmu untuk memikat lelaki?
Untuk ketahui lebih lanjut Klik sini.
8. Tips pikat lelaki dalam islam. ( bagi perempuan sahaja)
Benar. Dasar seorang Islam itu Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia langit dan bumi.Begitulah juga dengan ilmu mengenal lelaki dan cara memikat tanpa melanggar syariat itu masih luas. Walaupun ia tidak sehebat rahsia khazanah kitab Al-Quran, namun TUHAN telah menjadikan rahsia itu banyak di sebalik seorang manusia bernama lelaki.
Bagaimanakah ilmu untuk memikat lelaki?
Untuk ketahui lebih lanjut Klik sini.
6 Ulasan