Ticker

6/recent/ticker-posts

Jadilah Pendengar Yang Baik Bagi Orang Yang Kamu Sayang


Assalamualaikum

Kadang acik pun rasa down bila ada hal-hal yang tak di duga berlaku. Puas memikir caranya tetapi masih buntu. Lagi kami lelaki susah untuk meluahkan apa yang di rasa, kami bakal ketua keluarga perlu tunjukkan bahawa pekara kecil-kecil dapat di atasi dengan baik. 

Hakikatnya kepala bercelaru , hati tak keruan. Perlukan seseorang yang boleh berkongsi masalah. Buntu sendiri...Begitu juga perempuan , semua benda dia kena fikirkan, soal anak, makan minum , barangan keperluan rumah dan soal kerja. Mahu tak mahu dia perlu jadi multitasking untuk memenuhi tuntuan kerja di rumah dan pejabat. 

Dia sendiri tertekan sendiri, tiada teman berbicara.

Kita sebagai ibu bapa, isteri, suami dan rakan perlulah adakan sedikit ruang untuk orang sekeliling kita. Bila tengok isteri , suami, anak mahupun rakan dalam keadaan tertekan, rungsing, celaru dekatilah mereka. Cubalah jadi pendengar yang baik. 

Kadang mereka perlukan teman bicara, teman untuk beri pendapat yang pandangan.


Bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik,?

Dengarlah apa yang dia ceritakan, diam dan jangan banyak berkata. Ketika dia dah habis berbicara barulah berikan pandangan dan pendapat kamu. Berikan kata-kata semangat dan nasihat yang positif padanya.

Tapi pekara utama jangan di lupakan iaitu berdoa dan memohon kekuatan dariNya.Segala musibah dan masalah itu ujian dariNya maka dariNya juga kita memohon. Menangislah dan cerita apa yang kamu rasa kerana Allah Maha Mendengar.

Kadang bila jadi pendengar yang baik pun itu memadai walaupun tidak menyelesaikan masalah. Sekurangnya dapat menenangkan jiwa yang lara.


Catat Ulasan

9 Ulasan

paridah berkata…
jadilah pendengar yg mengerti n memahami...
Yanty Lee berkata…
susah juga xsemua bole cer dgn sebarangan org.. setia mana pun xtahu.. ikhlas tidak mendengar mahupun menolong.. kena hati2..haihs
Azirahman berkata…
mendengar bicara teman pun boleh menolong meredakan masalah yang dialami
Teringat entry perihal good listener masa forum kt kidzania hr tu. As parent.. jadilah pndengar baik utk anak2. Jadi isteri.. jadilah pndengar yg baik buat suami.. suami pn sama. Huhu
Mr. Doctor berkata…
people nowadays jadi bad listener sebab suka main dengan phone..
mila berkata…
sy mungkin blh jd pendengar setia tp kalo nak bg pendapat / nasihat itu yg sy xbape nak reti hehe
Tanpa Nama berkata…
sy pendengar yang setia :)
singgah sini
Noor Maizan berkata…
Susah nak dapat pendengar yg baik, sebab manusia selalunya mendengar untuk reply, bukan untuk memahami. sedih.

harap kita pun jadi seorang pendengan yg baik.