Assalamualaikum
Lama juga menyepi tapi ramai pula hantar email dan mesej bertanya pelbagai soalan dan kadang acik balas yang termampu.Acik bukanlah penyelesaian masalah tetapi mampu beri nasihat.
Orang kata cinta harus tiada rahsia antara kita. Itu mungkin bagi mereka yang sah di ijab kabulkan bagi mereka yang bercinta bukan ajnabi maka ianya tidak harus berkongsi sehingga hal-hal yang tak sepatutnya. Hari ini acik nak kongsi kesilapan yang sering di lakukan ketika hangat bercinta.
Pertama : Terlalu mencintai
Inilah masalah apabila kita mencintai seseorang itu lebih dari segalanya. Sanggup buang mak ayah, buang keluarga, buang agama kerana mengejar cinta sejati. Mencintai lebih dari tuhannya sendiri. Adakah kamu sedar bahawa dia boleh sahaja tinggalkan kamu ketika kamu tak apa-apa. Tak salah mencintai tetapi cintalah sekadarnya dan cintalah seseorang itu kerana Allah.Maka kita akan bersandarkan cinta yang betul.
Kedua : Terlalu mempercayai dan tiada rahsia
Sering terjadi pasangan kekasih katanya apabila mencintai mesti percayai dia 100 %. Pastinya tiada rahsia sehinggakan pekara peribadi di beritahu. Ada itu sanggup berkongsi gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Adakah kamu sedar sebenarnya kamu dalam bencana ? Kenapa acik cakap macam itu sebabnya bila berpisah apa yang kamu kongsi bersama dulu boleh jadi senjata. Letakkan 20 % rasa tak percaya berjaga jika berlaku sesuatu ianya tidak menyakiti.
Ketiga : Terlalu mengharapkan kesempurnaan.
Kita manusia tak sempurna, itu hakikatnya tetapi apa yang kita mahukan lebih dari apa jua. Mahukan yang kaya, cantik /handsome, baik, jujur amanah , badan sado , ramping dan sebagainya. Tidakkah itu hanya momokan dari filem dan apa di paparkan drama sekadar lakonan. Terimalah hakikat kita semua tak sempurna dan terimalah kelebihan dan kekurangan seseorang itu.
Keempat : Terlalu Bersama
Bila bercinta ini mesti kits nak dengar suara dia 24 jam, mesti nak selalu ada depan mata melihat senyuman dia, gelak ketawa dia. Bertahun bersama seolah sepasang suami isteri. Hakikatnya apabila terlalu bersama sehingga kawin. Takut nanti "bosan" kerana semua istimewa telah di kongsikan bersama. Kadangkala kita jadi bosan, cepat marah, tiada lagi hal special lagi . Jadikanlah ianya yang special apabila kita berkahwin nanti bukan semasa bercinta.
Kelima : Lupa untuk berdoa
Kita asyik bercinta, seolah dialah segalanya. Kita lupa bahawa dia bukanlah milik yang sah lagi untuk kita. Tiada ijab kabul lagi. Tetapi kita leka mencintainya, bersamanya 24 jam berjanji sumpah setia. Tetapi kita lupa untuk lakukan hal yang paling penting berdoa kepadaNya agar dia jodoh yang terbaik untuk kita. Pekara wajib kita langgar, solat entah kemana asyik dengannya. Muhasabah diri.
Keenam : Terlalu Ikut Perasaan
Biarlah orang kata apa janji kita bersama, orang nasihat itu sebab jelous aku bahagia!! Aku sanggup kehilangan segalanya jangan dia !!
Itulah kata sesetengah remeja yang hanya ikut kata hati, ikut kata hati mati maka ikutlah kata iman yang memiloj kita di jalan yang mana. Kadang orang nasihat itu ada di mata kita ada salahnya,percayalah.
Sedikit dulu acik kongsikan, kamu nak tambah lagi ? Silakan ,mohon pandangan kamu semua
5 Ulasan