Ticker

6/recent/ticker-posts

Masih Ramai Tidak Tahu Pentingnya Meletakkan Penama KWSP Kamu


Assalamualaikum

Masih ramai lagi yang tidak letakkan penama atau waris untuk harta,linsurans ataupun kwsp mereka. Tetapi acik lebih beri penekanan tentang penama KWSP. Ramai orang ambil mudah soal penama ini.

Kebanyakan berfikiran bahawa :

Harta aku, buat apa aku nak wariskan pada orang lain ?

Apa itu penama ?

Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/ mentadbir simpanan KWSP /insurans, harta dan sebagainya untuk pemilik apabila pemilik meninggal dunia.

Pernah terjadi di mana kwsp dia tidak letakkan penama jadinya bila dia meninggal. Anak dan isterinya tidak mempunyai hak sepenuhnya.Dalam kes ini sebabnya si mati tiada anak lelaki semua anak perempuan.Jadi wang kwsp di berikan kepada adil beradik lelaki si mati dan anak-anak dan isteri. Soal duit dan harta ini bukan mudah lagi-lagi melibat wang yang banyak.

Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Kamu digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.

Bukan KWSP sahaja malah jika ada simpanan premium SSP, insurans, kereta atau harta.

Kerana jika tidak ianya boleh di wartakan sebagai harta pusaka malah boleh jadi ianya akan menjadi sebahgiaan milik amanah raya.

Ramai berfikir aku penat-penat kerja bertahun nak bagi dekat orang KWSP aku ?

Kita tak tahu bila kita mati , ianya sebagai harta terakhir kita beri pada anak-anak dan isteri.

Adakah Anda Layak Membuat Penamaan?
Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
  • Anda berumur 18 tahun atau lebih.
  • Anda seorang warganegara Malaysia.
    ATAU
    Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk  mencarum semula dengan KWSP;
    ATAU
    Bukan Warganegara Malaysia yang
    • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
    ATAU
    • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Siapa Yang Boleh Dinamakan? 
  • Anda boleh menamakan mana-mana ‘orang sebenar' sebagai penama/pentadbir. Mana-mana ‘orang sebenar' adalah merujuk kepada individu dan bukannya organsasi, pertubuhan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.
  • Anda dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak dan ibu/bapa untuk menerima/mentadbir simpanan anda. Bagaimanapun, sekiranya anda menamakan bukan waris, penamaan tersebut masih diterima. Risiko, kemungkinan akan berlaku kesulitan pada kemudian hari seperti tuntutan daripada waris.
Bagaimana Membuat Penamaan?
Anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut  dengan lengkap dan teratur:-
  • Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Salinan Kad Pengenalan Diri sama ada;
    Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Kad Pengenalan Polis/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)
    ATAU
    Salinan Pasport (sekiranya anda bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Borang permohonan penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan sendiri oleh ahli di mana-mana Pejabat KWSP.
CATATAN:

Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.

Borang Penama KWSP




Catat Ulasan

6 Ulasan

Suria Amanda berkata…
Akak penama letak nama mak...ni tgh dalam proses nak tukar pada nama Dania plak...
Lieya Von Jay berkata…
INFO yang menarik. THANKS ACHIK
paridah berkata…
kwsp perlu ada penama...susah pewaris nk menuntutnya kalau tiada penama yg menguruskannya..
mamaNUR berkata…
belum buat lagi..huhuu
mamaNUR berkata…
belum buat lagi..huhuu