Assalamualaikum
Rezeki itu dari Allah, jika kita ikhlas inshaAllah di permudahkan urusan kita oleh Allah. Terkejut sendiri apabila melihat harga yang di tawarkan.Pada acik ianya sangat murah dan tidak hairan orang ramai dan sanggup tunggu.
Hanya RM 1 bagi semua jenis hidangan termasuk nasi, lauk pauk serta air dan paling istimewa pada hari khamis air percuma.
Paling mengembirakan hati ianya terletak di Kota Tinggi.Niat seorang pengusaha kedai makan di tingkat dua Terminal Bas Tun Seri Lanang dekat sini, bagi membantu gelandangan membeli makanan mencetuskan idea menawarkan harga serendah RM1 di kedai makannya.
Tindakannya itu membuatkan kedai makannya, Salam Sajian Seringgit popular malah menjadi tumpuan selepas viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Pemilik kedai |
Pemiliknya, Abdul Salam Hamed, 52, berkata, niatnya untuk membantu mereka yang susah ternyata berjaya menarik ramai pelanggan terutama orang awam untuk menjamu selera di kedainya.
Rata-rata pelangan dan pelayar laman sosial memuji tindakan beliau membantu rakyat di kala kita di himpit dengan pelbagai masalah.
Walaupun harga murah, kualiti makanan dan minuman di jaga dengan baik.
Kalau kamu datang memang akan penuh dengan orang. Alhamdulilah bangga acik apabila orang Kota Tinggi pemurah seperti ini.
Semoga perniagaan Cik Salam Suksess dan di murahkan rezeki oleh Allah.
Lokasi kedai : Tingkat 2 Terminal Sri Lanang Kota Tinggi.
Waktu operasi 8 pagi - 8 malam
Di samping itu acik ingin mengucapkan salam maulidur rasul. Mari kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
10 Ulasan
Tp bagi mereka yg mampu, bayar la lebih dari RM1 tu sebab hakikatnya pakcik tu perlukan keuntungan jg utk teruskan usaha murni ni. Jgn la buat2 tak faham dan buat2 mcm org susah juga. Kalau kita mampu apa salahnya bayar lebih dan niat sedekah.. mudah-mudahan makin maju kedai pakcik ni, dan dia dpt bantu lebih ramai org susah yg lain... :)
apapun.. semoga pakcik Abdul Salam dimurahkan lagi rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat.. Aamiin.. :)
jom tukar link blog.
saya dah masukkan blog tuan ke bloglist
http://www.kembaraminda7.com/
terima kasih