Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Pendiam Itu Tak Bermakna Sombong



Assalamualaikum

Kau tengok dia tu sombong betul !!

Itu adalah persepsi sesetengah orang terhadap orang yang pendiam. Aku salah seorang yang sering di prajudis kerana tidak banyak cakap.

Kadang nak gelak pun ada, bila dah kenal :

Kau nie taklah sombong macam aku sangka , muka ganas tapi suka budak-budak.

Itulah persepsi sebahgian dari kita. Seseorang yang pendiam itu orangnya sombong cuma dia bercakap bila perlu.

Tapi bila jumpa regu yang sesuai inshaAllah banyak cakap. Kadang dalam tak sedar bila kita banyak cakap ini kita ada terguriskan hati orang lain, ada yang terasa dengan perkataan kita. Kadang kita tergurau kasar dalam tak sedar.

Entahlah pada acik cakap bila perlu lebih baik sebabnya ianya mengurangkan perkataan yang tak sepatutnya, yang lagha dan sebagainya. Paling penting hati kita tenang tiada yang menyakiti dan kita sakiti orang lain.

Tahu tak orang pendiam ini sebenarnya special sebabnya dia hanya berkongsi dengan orang yang dia percaya dan semangat persabahatan dan perhubungan dia lebih tinggi. Susah nak luahkan perasaan tetapi apabila dia sayang seseorang dia akan setia.

Diam tak bermakna sombong, cuma perlu masa untuk berkomunikasi. Orang pendiam ini dia tak geti nak approach permulaan untuk berbicara. Dia lebih selesa orang yang mulakan, tapi bila dah berborak, hebat lagi-lagi kena dengan topik yang dia suka.

Tapi jangan buat pasal kadang kala percakapannya berbisa dan marahnya boleh tahan. Seharusnya kita saling faham memahami satu sama lain agar tiada halangan buatkan kita ada tanggapan buruk pada orang lain. OKEY ? 


Catat Ulasan

9 Ulasan

Diya Hanun berkata…
yup setuju sangat2!
Luqman Zakaria berkata…
betul...kadang tuh yang pendiam and muka nampak ganas lagi friendly..macam awk cakap la..amek masa untuk berkomunikasi lagi lagi kalau baru kenal..
Unknown berkata…
setuju! orang pendiam ni tak boleh jangka perangai dia bila dah kenal. gitu. hee~
hilmisidek berkata…
Kita serupaaa.. Budak baru masuk keje seme takut nak cakap dengan saye. Ad yang sampai terketar2. Bile dah kenal lame seme jadi kawan baik. Nak cari kawan baru memang susah sikit. Nak cakap dengan strangers lagilah susah. Inilah namanya introvert. Cube Google tengok sifat2 introvert, lepas tu bace sambil senyum sebab ciri2 tu ade kat kite.
paridah berkata…
SBB TU ADA PEPATAH YG KATA XKENAL MAKA XCINTA...DH KENAL BARU TAHU KAN...
Sofie Adie berkata…
ouch! true sangat...tapi..orang pendiam ni, idea dia juga tak pernah kering...
^_^
motmot berkata…
sooo trueee~~org yang pendiam ni lagi bnyk citer dier dari kite kalau dah rapat~~hai~~saje menyinggah~~bowsan~
wan berkata…
Orang pendiam ni, kita yang perlu dekati dia. Mungkin dia malu untuk memulakan. Tetapi, setelah lebih rapat mungkin dia boleh menjadi sahabat baik kita pula :)
Unknown berkata…
Diam diam ubi berisi :)