Assalamualaikum
Balik kerja terjumpa seorang kenalan lama sudah tak berjumpa.Jadi kami pun bersembang setika bersama rakan dan suaminya.
Ain : acik dah kawin ?
Acik : belum lagi, inshaAllah doakan ye.
Ain : memilih sangat kot,itu yang susah.
Acik : Takdelah cuma mungkin bel jumpa jodoh yang telah ditetapkannya.
Fairuz : Tapi susah nak cari perempuan yang baik sekarang.
Ain : Maksud kau ?
Fairuz : yelah rata-rata perempuan sekarang ini lebih kepada materialistik, suka lelaki kaya ,boleh bawa di shopping barang brand.
Acik : Tapi bukan semua macam tu kan itukan sifat individu,betul tak ain ?
Ain : betul,tapi kadang kala harta itu perlu untuk kami perempuan. Untuk kelansungan hidup dan keperluan harian.
Acik : Tapi bukankah perempuan sekarang yang berdikari, bekerja sendiri?
Ain : Memang betul, tapi lepas tu aku fikir.
dari sudut pemikiran,mungkin ia fikir untuk kebaikan dan masa depan ia jugak.
aku nak tanya soalan,sila jawab dengan jujur dan setelus hati.Elakkan memberi jawapan yang kau rasa akan menjadikan kau seorang manusia yang baik umpama malaikat.
1.Kau adalah perempuan,kau belajar sampai ke peringkat degree or master.kau agak-agak nak tak kau kahwin dengan orang yang takat lulus SPM atau PMR atau tak habis sekolah pun?
2.Kau adalah perempuan,kau mempunyai pangkat pegawai atau setanding dengannya.agak-agak nak tak kau kahwin dengan lelaki yang hanya bekerja sebagai cleaner /cashier ?
3.Kau adalah perempuan,gaji kau sebulan beribu,ribu,ribu.agak-agak nak tak kau kahwin dengan lelaki yang hanya dapat gaji sebulan rm900.
4.Kau adalah perempuan.kau diberi pilihan.
a) lelaki yang baik tetapi pendapatan sangat tak cukup dan tiada masa depan yang selesa.
b) lelaki yang baik tetapi pendapatan mampu menanggung keluarga dan masa depan yang selesa.
sebagai perempuan aku percaya semua nak kehidupan yang menjamin masa depan.
Acik: Aku faham apa maksud kau, sekufu atau tidak. Kadang kita lupa rezeki itu Allah yang beri. Jodoh itu juga rahsia tersembunyi untuk kita.Mungkin aku pemikiran kolot tapi pada aku, harta itu memang perlu tapi paling penting kesedian menerima dia sama ada kekurangan dia dan kelebihan dia kerana Allah. Kalau kita berusaha lebih inshaAllah ada, ala macam cerita ahmad albab. Kalau lelaki dan perempuan itu sama-sama berusaha inshaAllah Dia bantu.
Apa pendapat kamu pulak ?
5 Ulasan
www.azlindaalin.com