Assalamualaikum
Sambungan entri semalam dan acik kongsikan tempat yang menarik di Johor bersama keluarga dan anak-anak kamu. Acik kongsikan atas permintaan ramai yang meminta untuk beritahu tempat-tempat yang menarik yang acik tahu dan inilah sebahgiannya.
Legoland Malaysia
Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Di sini menempatkan banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik.Di kompleks Legoland, terdapat tiga destinasi yakni Lego Theme Park, Lego Water Park dan yang terbaru adalah Lego Hotel.
Wet World Batu Pahat
Sebuah water park yang popular di Johor sebelum munculnya Legoland Resort Malaysia. Menempatkan tarikan permainan dan gelongsor air yang sesuai untuk belia dan juga kanak-kanak.
Weekend
Dewasa – RM15.00
Kanak-Kanak - RM 12.00
Weekdays
Dewasa - RM12.00
Kanak-Kanak - RM10.00
Waktu Operasi
Hari Bekerja (1.00 pm – 7.00 pm) Ditutup Hari Selasa.
Hujung Minggu dan Cuti Umum (10.00 am – 7.00 pm)
Puteri Harbour Indoor Theme Park
Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri darpada 3 tarikan utama iaitu The Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk menghabiskan masa dengan anak-anak sambil-sambil makan.
Hello Kitty Town
Salah tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme Park yang lebih sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.
The Little Big Club
Terletak di dalam Puteri Harbour Indoor Theme Park dan hiburan yang ada bersandarkan watak animasi kartun seperti Barney, Bob The Builder, Pingu dan lain-lain.
Kuso Trick Art Gallery – Galeri yang menempatkan lukisan-lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk dilawati. Lukisan hidupnya nampak seakan realistik kalau anda pandai mengambil gambar dari sudut dan posisi yang betul.
Angry Birds Indoor Theme Park
Merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada Oktober 2014 dan berada di aras 3 shopping mall Komtar JBCC. Antara permainan yang ada di sini ialah trempolin, foam pit, trek berbasikal kanak-kanak dan sebagainya.Satu tempat menarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak kecil.
Dinasour Alive Water Theme Park – Sebuah kolam kecil di KSL Hotel & Resort yang dikelilingi dengan 2 patung replika dinasour dan juga gelongsor air kecil untuk kanak-kanak. Mungkin satu destinasi yang biasa-biasa yang juga boleh anda temui di tempat lain.
Tiram Waterpark
Lokasi yang di ulu tiram sesuai hiburan bersama keluarga untuk bermandi manda. Waterpark yang bertema dalam bangunan pastinya satu kelainan untuk kamu semua.
Danga Bay
Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman tema yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Desaru Fruit Farm
Ladang di Desaru yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buah tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.
Bayu Balau Beach Resort Chalet & Hotel
Hotel baru di buka kembali setelah di baikpulih. Menawarkan harga promosi sehingga akhir tahun. Mempunyai kolam renang di buka untuk pengunjung luar dengan harga yang sangat rendah.
Bayu Balau Beach Resort Chalet & Hotel
Hotel baru di buka kembali setelah di baikpulih. Menawarkan harga promosi sehingga akhir tahun. Mempunyai kolam renang di buka untuk pengunjung luar dengan harga yang sangat rendah.
2 Ulasan