Assalamualaikum
Aku mungkin antara mereka yang berjuta yang selalu mengharapkan keajaiban selalu berlaku. Di kelilingi dengan orang boleh terima aku seadaanya.Tapi itu fantasi.
Apa yang berlaku, satu persatu orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Sehingga penat sudah air mata ini mengalir.
Aku selalu menyebutkan "kalaulah "
"Kalaulah aku kaya!"
"Kalaulah aku jadi dia"
Kalaulah aku mampu aku bantu orang susah"
" kalaulah" itulah inilah.
Untuk aku mampu bertahan demi janji palsu aku buat sendiri. Dulunya aku merungut setiap apa yang terjadi.
Tapi dengan pemergiaan sahabat baikku dan abah menghadap ilahi. Membuat jiwa ini lebih kental, di uji bertalu-talu ,satu persatu tapi kekuatan dari mana datang aku mampu hadapi.
Kita sering mahukan hari yang CERAH….
Tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan…
Kita ingin seringkan KESERONOKAN…..
Jauh sekali akan KESUSAHAN…
Tetapi Allah lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar ERTI KEHIDUPAN…
Kita sering menginginkan KETENANGAN…..Hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN
Perpisahan itu memang menyakitkan tapi kita kena terima ianya dengan sebaiknya.Kerana ia akan membawa lara bersama kenangan.
Aku bukanlah seorang yang pandai seperti lain tetapi usaha apa yang aku lakukan berlipat kali ganda untuk membuktikan aku boleh jadi seperti apa orang kata.
Orang pernah hina, panggil aku bodoh tapi aku tidak berkecil hati malah buktikan kepada mereka aku boleh lakukan.
Hilangkan perkataan kalau itu dengan Aku boleh !!
Boleh itu harus di laksanakan dengan berusaha semampu yang boleh dan tidak menyerah.Jangan merungut, jika kau rasa putus asa maka berdoalah.
Bermohonlah kepada Allah agar di beri kekuatan menghadapi segalanya. Akhir sekali tawakal setelah kau berusaha.
Hilangkan rungutmu gantikan dengan zikir.
Hilangkan "kalau" yang kau selalu ungkap gantikan dengan inshaAllah.
Jika kau percaya dengan Allah maka Dia akan bantumu selayaknya diri kau. Jangan mengalah , Allah ada..
Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”
2 Ulasan