Assalamualaikum
Kalau kau sakit , siapakah orang pertama yang kau akan jumpa ?
Pastinya doktor.
Jika kau sepi, sedih, lara dan perlukan seseorang berbicara , siapakah yang akan kau cari ?
Tentulah seseorang yang memahami hidupmu dan hatimu. Itulah acik rasa setelah membaca sebuah coretan motivasi ringkas dari seorang penulis muda ini.
Buku menjadi sebutan pada bulan december yang lepas dan tidak mustahil 2016 pastinya buku ini di terima dengan baik.Mari kita bedah dan review buku ini secara terperinci
1) Kulit Buku
Sekilas pandang muka ini acik ingatlan novel thiller tetapi rupanya buku motivasi yang sangat bagus. Di gambarnya seolah berada di satu tempat yang gering di mana kita perlukan air untuk hidup.Di mana maksudnya buku ini adalah kesunyiaan , kesedihan itu yang ada pada kamu. Pemilhan warna sangat sesuai terasa mood yang cuba di bawa pembaca.
Penulisan
Penulis membawa mood santai dalam penulisannya. Mudah di fahami dan memahami hati-hati yang membaca. Apabila membuka lembaran pertama buku ini tercatit perkataan indah.
Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya,
Tapi orang tahu betapa indanya ia,
Seperti kamu, kamu tak pernah tahu betapa indahnya dirimu .
Tapi Allah tahu
Indah bukan ?
Penulisannya acik bagi 4/5 ****
Penulisan terbaik
Pada acik penulisan paling indah adalah Kerana kita hamba.
Salah itu biasa, belajar dan mengajar dari munculnya salah. Andai kamu inginkan kesempurnaan darinya kamu silap..
Nak tahu lebih lagi dapatkan buku tersebut.
Acik hampir 3,4 kali membaca,puisi ,monolog dari buku ini.Nak feel tersebut pastikan baca di malam hari. Di iringi muzik yang indah pasti kamu rasa sesuatu.
Bagaimana nak dapatkan ?
Tajuk: Serenity
Penulis: Syira Lokman
Penerbit: Komrad Buku
Harga: RM20 *tidak termasuk postage
Jom dapatkan buku motivasi santai di di sini ( click di sini)
Sedikit maklumat tentang menulis
@syira_lokman juga merupakan seorang blogger, pelajar kaunseling Universiti Malaya, advertising copywriter dan vendor pakaian di @zmar_apparel_shoppe .
6 Ulasan
Achik bila pula nak tulis buku sendiri...? hehehehee.. dah ramai peminat beratur menunggu ni.. :)
In shaa Allah smga trus skses