Assalamualaikum
Setiap orang pastinya ada pengalaman berkenalan dengan seseorang yang amat special di gelar "first love ".
Dialah orang yang pertama sekali bertahta di hati dan buatkan hati ini berdebar setiap kali melihatnya.
Dialah orang yang selalu ada saat itu dan menjadi peneman setia. Tapi itu dulu, kini dia mungkin telah bersama orang lain.
Aku tahu sakitnya di tinggalkan dan melihat dia bahagia bersama orang lain. Sakit! Sakit sangat sebab dia first love aku !
Tapi takkan kita nak seksa hati kita untuk terus terluka dan mungkin dia sedang bahagia. Kita kena belajar untuk move on.
Pertama sekali : Ikhlaskan dan berdoa
Kenangan kau dengan dia memang memang sukar di lupakan. Seolah di minda ino selalu terpasang sendiri tayang ketika kau dengan dia.Maka belajarlah untuk ikhlaskan apa yang berlaku. Redha keraja jodoh itu rahsia Allah. Berdoalah agar Allah kuatkan hati dan doalah agar dia dapat jodoh yang baik.
Kedua : Buang semua gambar kau dengan dia
Tipulah kalau tak pernah simpan gambar dia. Aku tahu kau simpan gambar dia di folder dalam folder. Ketika kau buka laptop terbuka folder tu tangan makin laju untuk klik dan melihat gambarnya. Air mata mengalir tanpa di duga, sampai bila kau nak seksa dirimu ? Bakarlah , padamlah gambar kau dengan dia.
Ketiga : Unfollow semua laman sosial dia.
Inilah masalahnya , ada sahaja masa kau luangkan untuk buka facebook dia. Kau scroll timeline dia untuk lihat aktiviti dia. Sekarang di dengan siapa, adakah dia rasa apa yang kau rasa. Keras sungguh hati kau. Block terus dia dari hidup kau, bukan kerana apa kerana kau belajar untuk move on.
Keempat :Meminta Kepada PeciptaMU
Dan sekuat mane ujian tentang cinta di berikan kepada kita kembalilah kepada ALLAH yang Maha Esa yang mengetahui segalanya, Dia yang mentakdirnya ini berlaku, berdoalah kepadaNya semoga di berikan kesempatan untuk seterusnya ,Jangan malu untuk meminta kepadanya ..cinta yang ada pada kita adalah darinya dan kembalilah meminta Sejati. Allah mengetahui yang terbaik untuk kamu.
Kelima : Bukalah hati untuk orang lain
Bukalah hati kita untuk seseorang yang lain.Bukan semua orang perangainya masa yang suka mempermainkan perasaan. Ada yang baik dan setia dengan kita inshaAllah.
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.
Bercakap memang mudah tapi untuk laksanakan itu ambil rasa, aku pernah lalui dan tahu apa yang kau rasa.Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
6 Ulasan
www.azlindaalin.com
erti kehidupan sebnr...
tak salah kalau kita jadi kan sahabat,walaupun bukan jodoh kita...
belajar dari kesilapan yg lalu...
tapi apapun, pilihan terbaik memang lah Move On sahaja.. buat apa mengharap kpd yg tak sudi...
:p
tapi apapun, pilihan terbaik memang lah Move On sahaja.. buat apa mengharap kpd yg tak sudi...
:p