Menjadi masalah setiap kali jumpa kenalan dan rakan-rakan. Di usiaku sekarang ramai kenalanku sudah mendirikan rumah tangga begitu juga junior ku masa di Politeknik.
Stress !! Stress
Setiap kali orang bertanya aku hanya tersenyum dan inshaAllah.
Tetapi di hati siapa yang tahu.Kadangkala kita berasa tergesa – gesa seperti dikejar – kejar sesuatu. Padahal tidak ada yang mengejar kita. Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak dikelola dengan baik.
Kita banyak berkiblat pada kehidupan Hollywood, bollywood dan wood wood yang lain.Hidup kita seakan di atur tetapi yang peliknya kita tetap mengikutnya tanpa sebarang alasan.
Kita banyak berkiblat pada kehidupan Hollywood, bollywood dan wood wood yang lain.Hidup kita seakan di atur tetapi yang peliknya kita tetap mengikutnya tanpa sebarang alasan.
Bandingkan diri kita ketika diminta menggunakan Al – Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah – mentah menolaknya. Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita seperti dipaksa.
Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak asasi manusia. Padahal dalam Al – Quran itulah segala hal aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.
Dalam soal cinta pula berkahwin itu memang satu tuntutan dan ianya juga melibatkan tanggungjawab yang besar.
Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita perlukan masa untuk diri kita merancang.
Hahaha tapi tak pelik kerana kita terlalu mengimpikan bahawa kita dapat hidup dalam cinta yang di paparkan di kaca television , baca di novel mahupun apa yang di dengari.
Kita hanya mahu ambil gambar banyak-banyak ketika memakai baju pengantin masa menikah, bersanding untuk di upload di facebook dan twitter . Kita hanya mahu status married untuk di beritahu pada rakan-rakan anda bila lagi ? Kita hanya mahu tutup mulut orang-orang yang berkata-kata di belakang kita.
Jika itu tujuaannya kamu silap.
Perkahwinan ini bukan untuk suka-suka tetapi lebih kepada tanggungjawab yang besar dan ianya bukan persinggahan untuk kamu cuba nasib.
Kerana mengejar jodoh semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.
Ada masa sekarang manfaatkannya dengan pelajari bagaimana untuk jadi suami yang bertanggungjawab dan suami yang baik. Begitu juga menjadi isteri yang solehah dan bertanggungjawab.
Bagaimana jika ada anak nanti ? Persiapi dengan ilmu dan bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Bagi kamu yang semakin berusia itu jangan bimbang, yakinlah bahawa Allah sebaik perancangan Dia tahu apa yang terbaik untuk kamu, inshaAllah dia akan temukan kamu dengan seseorang pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat.Biarlah orang kata kita bujang terlajak ,andartu dan sebagainya tetapi ingat Allah Maha Mengetahui segalanya.
Ajal , jodoh , rezeki dan pertemuan itu semua ketentuannya. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Percayalah dengan Allah.
12 Ulasan
Sabar..macam tu jugak Akak dik..insyaallah kita Doa sama2 ye..Allah nakkan yg terbaik untuk kita kan...
well, sebenarnya tidak tergesa-gesa pun, mengharap cinta dan jodoh yang perfect macam watak dalam novel pun tidak. sy terima je kalau sudah jodoh :)
Jika rezrki kita awal alhamdulillah jika terlewat, syukur juga pada allah, pasti ada yg belum sempurna.jadikita belum.layak menjadi srorang suami or isteri.apapun.usaha,danbtawakal.jodoh itu pasti ada cm tak tahu bila dan siapa.