Ehsan dari https://sekamarrindu2009.wordpress.com |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Pagi-pagi mak dah call acik minta tulis soal menjadi viral di laman sosial tentang breast feeding atau menyusukan bayi. Mari baca pesanan mak:
Mak ada 6 orang anak yang memang satu anugerah bagi ibu dapat yang menyusukan anak mereka sendiri. Ianya tidak menjadi kesalahan malahan bagus sekali. Tapi peliknya kenapa perlu di ambil gambar dan di tayangkan ?
Sememangnya tak elok, sedangkan ketika kita menyusukan anak di pasaraya pun sembunyi-sembunyi ada yang macam tengok kita pun rasa malu apatah lagi di siarkan untuk tatapan umum.
Mak nak nasihatkan pada ibu muda di luar sana soal menyusukan anak di tempat awam :
Pertama : Bagi ibu muda yang ada anak sebelum keluar ke mana sahaja pastikan beri susu kepada bayi sehingga dia kenyang. Insha-Allah akan takkan meragam bila kat luar.
Kedua : Cari nursing room kalau tak ada pergi surau atau bilik tukar baju tu untuk susukan bayi. Di pasaraya semua tersedia segalanya jadi pilihan kita.
Ketiga : Kalau baby dah 6 bulan ke atas, maka elokkan berikan makanan pejal seperti nestum sebelum keluar , biar baby kenyang betul.
Keempat : Bagi yang bertudung boleh gunakan tudung kamu untuk tutup baby, cari tempat yang sesuai kalau tidak bawalah selendang sekali untuk tutup.Tak pun gunakan cik abang kamu untuk kamu cover isteri semasa susukan baby.
Kelima : Sekarang banyak baju yang di reka untuk menyusukan anak ataupun sling cover untuk tutup baby semasa menyusu.
Mak harap sangat ibu-ibu muda di luar sana fikir dulu sebelum lakukan sesuatu. Niat dan rasa kita bukan ianya bukan masalah yang besar tetapi cuba minta pendapat orang sekeliling. Paling penting sebelum upload itu ada minta izin suami ?
Kerana segala perilaku kita suami juga yang menanggung. Kita perempuan adalah insan istimewa di berikan kelebihan itu jangan kita kufur nikmatnya dan mengaibkan diri kita sendiri.
P/s : bila baca balik apa yang mak cakap, kalau dia blogger habis kalah acik. Hahaha
10 Ulasan