Ticker

6/recent/ticker-posts

Antara Pekerja Asing Dan Lepasan Graduan Terlalu Memilih ?


Assalamualaikum

Lepasan graduan demand ? Gaji nak 4 k ?

Senah : Ala bila umumkan 1.5 juta orang bangla marah, lepasan graduan kita tak kerja kotor-kotor, kerja nak yang best, gaji nak yang tinggi-tinggi.

Amboi kak senah marah betul, realiti cuba tanya pada mereka dari bangla kenapa tak kerja di negara sendiri ?

Tahu tak pendapatan mereka berapa dia sana ? Upah kerja rendah dan bila di sini di janjikan imbuhan yang tinggi. RM 900 duit Malaysia cukup tinggi nilainya bila di hantar ke India mahupun Indonesia.

Masa dulu tahun 2008 pernah kerja kat shell hanya di tawarkan RM 450 .Pada aku cukup besar bila di jalani hari-hari memang tak cukup. Hanya mampu untuk kegunaan harian.

Bila pergi mana-mana temuduga, mereka semua mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Habis aku ? Tak di beri peluang macam mana nak dapat pengalaman?

Letak harga tinggi ? Masa itu aku ada diploma minta gaji RM 1100. Tapi tak dapat juga. 

Last aku kerja di Call center Domino gaji aku dapat RM 900 basic gaji padahal aku ada diploma.

Sekarang aku ada degree, hutang PTPTN menunggu, dengan tunggakan lagi dan perlu jelaskan hampir RM 40 000 ?

Aku pernah kerja di Yes Support jual handphone sini sana, kawan ramai yang gelak

" Acik kau ada degree tapi kerja macam ini ? Baik kau buang degree kau"

Aku hanya mampu tersenyum, biarlah mereka kata apa, yang susah aku mereka takkan faham

Jadi apa yang harus lakukan ? 

Mesti nak ada rumah, kenderaan sendiri dan mahu kawin. RM 900 cukup ? 

Sekarang pun aku duk catu makan sebab mahu super saving untuk meneruskan kehidupan. 

6 tahun aku belajar untuk dapatkan dua gulung iaitu diploma dan degree , takkan aku tak layak untuk kerja yang lebih baik sekurangnya penyelia pekerja. Tak masalahkan, inilah masanya untuk aku balas jasa mak ayah aku yang banyak berkorban masa aku belajar.

Kalau remaja di luar sana di beri bimbingan dan kemahiran .Mereka boleh jadi pekerja separa mahir. Dari ambil bekerja luar baik kita bangunkan yang orang kita sendiri. 

Susah bukan nak " Survive " di negara sendiri, kau selalu pandang negatif pada graduan kita sebab itulah negatif semuanya. 

Nasihat acik apapun jua jika ada peluang depan mata ambilah, kerjlah dulu cari pengalaman dulu.Tak semestinya kita belajar itu itu juga kita akan kerja. Acik belajar dalam penyiaran tetapi kerja di Easy Rhb Bank.Itu bukan masalah.

Perlu ingat masa ini jangan 

1. Tukar-tukar gadget
2. Buat saham yang bukan-bukan
3.Beli kereta yang harga tinggi (import)

Belajarlah bersederhana dan cuba grap peluang ada, andai kata jadi tukang sapu sampah asalkan kena dengan gajinya mengikut keadaan kamu.Apa salahnya bukan ?

Inilah hanya luahan aku sebagai salah seorang remaja yang ada degree tapi buat kerja apa sahaja untuk teruskan hidup demi mencari rezeki yang halal kerana Allah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Farid berkata…
Zaman sekarang persaingan semakin kuat. Kita dah tak boleh memilih bidang pekerjaan yang kita ingini. Kerana pekerjaan yang kita dapat itu adalah hadiah dan rezeki dari Allah.
nora razalli berkata…
bukan memilih tp bgla curency dia rendah.
seribu duit kita kat sne jimat2 dah boleh mkn 2 3 bulan kat sana.
and bgla ni bukan ape pun nk byr kat msia ni.
dduk mkn tidur semua nya share.
nak keluar rm100/pax utk diri pun payah.
diorang rela hntr semua gaji ke bgla tu.
kalau rm400 kat sne dah brape ribu taka dah.

kalau gaji setimpal dgn kerja ade je rkyat msia nk kje.
and ade jgk yg fresh demand gaji.. tu nasib diorg lah ! huhu

justmy2cent! :)


JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html
paridah berkata…
PATUT CONTOHI ACIK YG XPILIH KERJA UTK SARA HIDUP...JGN SUSU KERA DI HUTAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN...
K.A. berkata…
Saya setuju. Sebab tu ramai rakyat Malaysia sanggup kerja buruh kasar di Singapura. 2.97 ringgit per SGD siapa taknak.
nayfatimahrasyid berkata…
ramai lagi orang Malaysia yang menganggur ,,,,sepatutnya guna pakai tenaga dari Malaysia ,....lepas nie ramai ler wanita Melayu yang kahwin ngan Bangla opppsss
Unknown berkata…
kebanyakan graduan yg bekerja skrg ni bnyk yang tak berkaitan dengan bidang yang diorang belajar.