Ticker

6/recent/ticker-posts

Ana Ikan Bakar Petai Makanan Laut Terbaik Di Kuantan

Ana ikan bakar petai tanjung lumpur-akupenghibur.com

Assalamualaikum

Perut Mengidam nak makan Seefood!

Kebetulan acik dan mak ke Pahang minggu lepas. Singgah di rumah akak di Pekan, Pahang dan semestinya di bawa tempat-tempat yang untuk jalan-jalan cari makan.

Jadi kami di bawa ke Ana Ikan Bakar Petai.Jangan confuse kedai Ana Ikan Bakar ini ada 2 kedai yang berhampiran. Jadinya kamu boleh ke mana-mana lokasi yang kamu suka. Kali ini kami ke tempat lokasi yang berdepan dengan kawasan lapang di Tanjung Lumpur.

Kenapa kamu kena pergi sana ?

Ana ikan bakar petai tanjung lumpur-akupenghibur.com

Ana ikan bakar petai tanjung lumpur-akupenghibur.com

1. Ikan Fresh dan boleh Pilih Sendiri

Kalau kamu di sana pastinya kamu memilih jenis apa yang kamu suka dan pelbagai size.Tentu sekali bukan hanya ikan tetapi ada makanan laut yang lain seperti lala,udang dan sebagainya.


2. Surau Di sediakan

Pada acik ini satu tempat yang wajib ada . Semasa kami ke sini sudah waktu magrib jadi senanglah kami terus menunaikan tanggungjawab.

3. Taman mini permainan

Kanak-kanak pastinya tidak akan duduk diam saje.Ligat nak bermain jadi pihak restaurant ada sediakan tempat permainan untuk kanak-kanak, siap ada buaian dan gelunsur.Syiok

4. Air Kosong percuma !!

Apalah acik nie air kosong pun nak sebut.Haha pada acik ianya penting sebab sambil menunggu hidangan tu boleh la ambil air ini.Ada kedai charge Rm 1 untuk air kosong lagi musim panas ini.

5 .Makanan yang pelbagai

Jenis hidangan laut yang bagaimana yang kamu mahukan pasti akan ada. Paling penting rasanya sangat sedap.

Ana ikan bakar petai tanjung lumpur-akupenghibur.com

Ana ikan bakar petai tanjung lumpur-akupenghibur.com

Ana ikan bakar petai tanjung lumpur-akupenghibur.com


Menu kami ikan aji bakar petai, kerabu mangga, tomyam sayur dan ikan siakap.

Lagi- lagi musim puasa nak tiba, kalau nak datang ke sini kena booking dulu tau !! di talian 0139041229



Catat Ulasan

7 Ulasan

Suria Amanda berkata…
wah..acik pun suka makan seafood...sama ngan akak..last week akak bawak family kat Muara Ikan Bakar Sungai Duyong, Melaka
kimchaa berkata…
Sedapnyaaaaa ... Terliur tgok
PCL berkata…
Belum pernah makan ikan bakar petai, mesti sedap ada bau dan rasa petai pada ikan.. emm.
Unknown berkata…
alaaa kurang la plak layan ikan bakar ni. tapi seriously, nampak sedap
paridah berkata…
Makanan segala jenis di Kuantan semuanya sedap acik harga pun ok lah xmhl sgt.
Unknown berkata…
Pernah berkunjung ke sana sekali, memang ramai orang berkunjung ke sana berbanding kedai berhampiraan...menus yang sedap dengan masakan yang best pastinya ramai pengunjung yang datang
Movie Display berkata…
Great Information sharing .. I am very happy to read this article .. thanks for giving us go through info. Fantastic nice. I appreciate this post. and thank you for sharing an amazing article Movie Watch Online Download Softwares Download Seasons