Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Kita Permudahkan Urusan Orang Lain, Allah Permudahkan Urusan Kita


Assalamualaikum

Beberapa minggu ini di uji dengan hebat satu persatu masalah datang. Kering sudah air mata mengalir dalam doa agar supaya di beri kekuatan untuk menjalani ujian tersebut.

Penyelesainya belum pasti tetapi aku terima dengan redha dan yakin ada kemanisan hikmahnya kelak. Aku di temukan dengan orang yang kurang baik, memberi tekanan dari segi mental dan kadang buat aku down. Terpaksa kejar target yang membukit dan akhirnya aku di tamatkan kerja.

Kalau ekonomi sekarang  memang stress dan menguji betul. Kena pindah tempat baru lagi, hari-hari ulang alik hampir 2 jam.

Kesabaran aku itu berbaloi di mana aku berjumpa dengan orang yang muka sahaja garang tapi hatinya baik.

Alhamdulilah dia permudahkan urusan aku, segalanya berjalan lancar dan kini sedang mencari kerja tempat lain.


Betullah kata mak, bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.

Benar terjadi, alhamdulilah.

Allah jumpakan aku dengan orang yang baik-baik untuk aku.Itu satu kesyukuran pada aku. Sebelum ini cukuplah seksa aku rasa biarkan aku buat hal aku sendiri.

Begitu juga soal jodoh, memang pada dasarkan aku terpaksa melepaskan dia pergi untuk kawan baik sendiri. Mereka bahagia dan kini allah pwrmudahkan soal perasaan untuk aku bahagia dengan cara tersendiri.

Segala sesuatu ada sebab dan hikmahnya.Terima kasih Allah. Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Maria Firdz berkata…
nice entry acik... lama tak bw ke blog acik ni...

Salam Jumaat...
paridah berkata…
BERSABARLAH...PELANGI INDAH MELENGKUNG DI LANGIT BIASANYA SETELAH HUJAN INSYA ALLAH.
Yanieyusuf.com berkata…
betul jangan berputus asa.. berserah dan bertawakal.. insya-Allah..
Burnout Salaryman berkata…
Perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk. Cabaran yang kita hadapi adalah sebagai ujian, untuk membentuk kita. Suatu hari nanti kita akan menoleh kebelakang dan berterima kasih atas pengajaran itu.
Sheila Adziz berkata…
sngat setuju... perancangan Allah utk kita kembali kepadaNya... Dia Yang Maha Menyusunaturkan hidup semua makhlukNya... Bila baca surah Yusuf tu akak teringat nama Allah Al Lathif... Dalam nama ni banyak di perhalkan kisah nabi usof dari kecil hingga dewasa, sehingga masuk penjara, tapi Nabi Yusuf tetap cakap kat Allah, sesungguhnya Allah Ya Lathif Yang Maha Lembut... semua yang Allah takdirkan kepada Nabi Yusuf diterima dengan readha dan bahagia kerana Nabi Yusuf tahu ada hikmah disebalik semuanya...