Assalamualaikum
Maha Besar Allah yang mentadbir seluruh alam. Entah kenapa sejak aku mengikuti perkembangan adik yumyum aku jadi semangat setelah hampir putus asa dengan apa terjadi dalam hidup aku.
Penyakit kanser darah itu bukan penyakit biasa tetapi aku kagum adik Hafiq Qayyum masih ada senyuman di wajahnya.
Permintaan untuk berjumpa dengan adiwira kegemarannya Ultraman menjadi kenyataan. Apabila Ultraman Spark datang berkunjung berjumpa dengan adik yumyum.
Ribuan terima kasih kepada Alan Mark pemilik kostum Ultraman Spark yang memenuhi hajat wira kecil ini.
Semoga adik Hafiq Qayyum terud berjuang dan bersemangat melawan penyakit yang sedang di hadapi.
Allah selalu ada dengan kita, tidak mustahil keajaiban boleh terjadi jika Dia berkehendak.Wahuallam.
Jom beri sokongan kepada adik Hafiq Qayyum.Semoga di rahmati Allah dan sentiasa berjuang !!
Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan kepada adik Hafiq, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Maybank bapanya, Abdullah Ashaari, 162450246179.
5 Ulasan