Assalamualaikum
Maha Suci bagi Allah ,Tuhan mentadbir seluruh alam ini. Hanya Allah tahu hati ini saat ini gembira bercampur sedih. Bila dapat email dari seseorang yang tidak di kenali rasa termanggu dan tergamam sekejap. Ya rabb rupanya dalam penulisan aku ada yang terasa.
Terima kasih kepada penghantar email kerana berterus terang dengan apa yang telah di lakukan. Aku tak marah pada dia, kerana itu apa yang dia rasa dan acik dah maafkan perbuatan dia.
Acik juga minta maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terasa dalam penulisan acik dan juga apa yang acik kemaskini di laman sosial. Kamu perlu tahu 3 pekara kenapa acik kongsikan kisah-kisah untuk tatapan di blog acik .
3 Sebab :
1. Tugas sebagai seorang mukmim untuk saling memperingati satu sama lain.
2. Acik perlu lalui liku yang berduri tiada siapa ambil tahu jadi acik ingin menjadi peneman kepada mereka yang memerlukan semangat.
3. Acik pernah kemurungan berpanjangan untuk bangkit baiki diri acik kongsikan di blog ini untuk mereka yang memerlukan.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)
Penjelasan hadis:
Sampaikanlah tentangku walau satu ayat: Ayat yang dimaksudkan merangkumi kedua-dua ayat Al-Quran dan juga Hadis.
Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak ataupun sedikit, asalkan ia ilmu yang dipelajari dari Al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Dalam ertikata lain, jangan kita tahan sehingga kita mencapai maqam tertentu, atau maqam ulama mujtahidin baru kita boleh berdakwah. Itu bukan syarat.
Sebaliknya, apa ilmu yang kita ada, asalkan kita telah pastikan dan yakin akan kebenarannya bersama dalil daripada Al-Quran dan Sunnah, maka menjadi kewajipan atas kita untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Niat acik hanya satu untuk sebarkan ilmu Allah melalui kisah tauladan yang berlaku di sekeliling acik .Allah lebih mengetahui niat acik, InshaAllah acik akan lebih berhati-hati dan lebih lembut dalam penulisan acik.
Andai kata apa yang taip itu ada silap maka tegurlah, acik sedia terima kritikan.
Jika ada benci ikutilah perkembangan hidup acik dan boleh mesej terus dengan acik .Acik terima dengan hati yang terbuka.
Sekali lagi acik minta maaf jika ada terasa hati dengan acik.
16 Ulasan
akak sangat kagum dengan apa yang acik lalui.. semoga semangat acik lebih kuat selepas ni..
akak sangat kagum dengan apa yang acik lalui.. semoga semangat acik lebih kuat selepas ni..